Najib Tak Jawab Soalan

Datuk Seri Najib Tidak Menjawab Soalan.

Najib tidak menjawab soalan? Itu bermain di media sosial sebaik sahaja Datuk Seri Najib selesai dan menamatkan sesi temu bual di TV3 malam tadi. Malah ada yang membuat pelbagai huraian berhubung jawapan Najib, ada juga yang beranggapan semuanya telah diatur dan menapakkan jawapan membela Datuk Seri Najib.

Yang bermain di sekitar maya ialah soalan berhubung kes Altantuya dan isu 1MDB. Mereka mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak menuduh Najib melakukan pembunuhan tersebut, tetapi Tun tidak berpuas hati dengan proses penghakiman dan siasatan mungkin, dan memohon ianya di siasat semula.

Satu kepelikan disini ialah Najib telah pun menjawab isu Altantuya ini dan pernah bersumpah bagi dirinya yang dia tidak telibat. Ok, kena paham, ini adalah jawapan jika ada tuduhan terhadap Najib dan perkara ini telah diselesaikan sejak dari awal kes lagi. Jadi jika Tun dan kuncu-kuncunya tidak puas hati dengan keputusan penghakiman dan hasil siasatan maka soalan perlu ditujukan kepada badan kehakiman dan juga Polis Diraja Malaysia bukan kepada Najib, sebab Najib bukan hakim yang mengendalikan perbicaran kes tersebut malah bukan anggota polis yang terbabit dengan siasatan kes Altantuya. Jadi di mana yang Najib tak jawab soalan?

Begitu juga di dalam isu 1MDB, dimana Tun mengatakan bahawa urusniaga 1MDB ini adalah satu urusniga yang bodoh dan kemungkinan wujudnya penyelewengan. Persoalannya pula adakah Najib Pengerusi atau CEO 1MDB atau Perdana Menteri Malaysia. Sudah pasti soalan Tun perlu ditujukan kepada Pengerusi atau CEO 1MDB bukan kepada Najib.

Tetapi jawapan Najib sebagai Perdana Menteri sudah memadai dengan mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau Public Accounts Committee (PAC) untuk melakukan pengauditan dan pemeriksaan. Jika ada berlakunya penyelewengan maka Datuk Seri Najib telah berjanji tidak akan melindungi sebarang rupa bentuk jenyah yang dilakukan. Jadi di mana Najib tidak menjawab soalan?

Adakah siasatan dan pengauditan terhadap 1MDB sudah selesai? Jika belum, bagaimana Najib mahu mengumumkan atau memaklumkan keputusan audit dan PAC?

Dengan janji tidak akan melindungi dan akan memaklumkan kepada umum akan hasil siasatan terhadap 1MDB juga rasanya sudah sepatutnya diterima dan tunggu sahaja hasil siasatan. Di zaman Tun dahulu adakah pernah Jabatan Audit Negara memaklumkan hasil kajian mereka terhadap perbelanjaan negara dan di war-warkan kepada umum?

Sudah adakah di zaman Tun diwujudkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau Public Accounts Committee (PAC) bagi mengatasi penyelewangan pentadbitan kerajaan pada masa itu yang tidak kurang juga menjadi bahan serangan oleh pihak pembangkang?

Apa lagi bentuk jawapan yang Tun mahu?

Oleh Alang Saberi,
https://www.facebook.com/alang.saberi.3/posts/1576168699322141