Pas Kepala Batas Sokong Pas Permatang Pauh Beri Syarat Kepada PKR

SOKONGAN PENUH TERHADAP KENYATAAN RASMI PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Sehubungan dengan kenyataan rasmi PAS Kawasan Permatang Pauh berkaitan hubungan kerjasama PAS – PKR dalam PRK P.Pauh, maka Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas memberikan sokongan penuh terhadap pendirian tersebut.

Ditegaskan lagi bahawa jentera pemuda PAS Kawasan Kepala Batas akan dikerahkan membantu PKR dalam PRK P.Pauh setelah PKR melaksanakan tuntutan yang telah dibuat oleh PAS Kawasan Permatang Pauh.

Sekian, terima kasih.

MOHD HAFIZ BIN KASIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan K.Batas
20 April 2015 M / 1 Rejab 1436 H.