Pas Permatang Pauh Beri Syarat Kepada PKR – “PKR harus Tarik Balik Kenyataan Tidak Menyokong Hudud & Meminta Maaf Secara Terbuka!”

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH.

Berhubung hubungan kerjasama PAS – PKR dalam PRK P.Pauh, PAS Kawasan P.Pauh menegaskan dua perkara berikut:-

1. Menuntut PKR menarik balik kenyataannya yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud dan meminta maaf secara terbuka.

2. Jika PKR bersetuju dengan perkara di atas, maka kami PAS Kawasan P.Pauh akan meneruskan kerjasama PAS – PKR dalam PRK P.Pauh ini.

Pendirian ini adalah keputusan yang telah disepakati dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan P.Pauh kali ke-38 yang bersidang pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

HJ OMAR BIN HASSAN
YDP PAS Kawasan P.Pauh
Sesi 2015-2017

19 April 2015

https://www.facebook.com/InfoDPPKPermatangPauh/photos/a.377162545749971.1073741829.360256984107194/636718279794395/?type=1