Pembangkang Malaysia hanya tahu Bangkang

Kini saya menyedari dua perkara:

  1. Kualiti pihak pembangkang kita sememangnya rendah dan membangkang hanya sebab membangkang sahaja dan tidak tahu apa yang mereka cakapkan.
  2. Majlis Peguam (Bar Council) bercakap seperti pembangkang.


Berikut adalah bukti.

Untuk melawan ancaman ISIS, kerajaan sedang membentangkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan pembangkang yang mengatakan, “POTA sama seperti ISA”.http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/03/30/pota-the-same-as-isa-opposition-mps-claim/

Majlis Peguam pula katakan ini mengenai POTA, “Kebangkitan semula ISA tanpa malu”.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysian-bar-calls-anti-terror-bill-shameless-revival-of-isa

Tetapi lebih dari 1 setengah tahun dahulu, apabila pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) telah dibentangkan untuk menangani kadar jenayah yang semakin meningkat;

‘Bapa’ DAP berkata ini mengenai PCA, “PCA mempunyai semua ciri-ciri ISA!”.
http://blog.limkitsiang.com/2013/09/29/pca-has-all-the-characteristics-of-isa/

Dan ‘anak’ DAP berkata ini mengenai PCA “Pindaan PCA ‘zalim’, seperti ISA”.
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/anti-crime-amendments-draconian-like-the-isa-dap-says

Sementara Majlis Peguam pastinya mencerminkan apa yang pembangkang kata dengan mengatakan ini tentang PCA: “Regresif dan satu pukulan hebat pada Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia”.
http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/press_release_amendments_to_the_prevention_of_crime_act_1959_are_regressive_and_a_blow_to_the_rule_of_law_in_malaysia.html

Tetapi apabila rang undang-undang PCA tiba masa untuk mengundi, Ahli Parlimen Pembangkang hilang dan Ponteng!
http://news.yahoo.com/pakatan-mps-slammed-absence-during-pca-vote-085933853.html

Dan hampir 1 setengah tahun kemudian, tiada sesiapa dari pembangkang atau Majlis Peguam bercakap mengenai PCA lagi dan tiada siapa telah ditangkap dengan cara ala ISA – tiada siapa yang telah ditahan selama-lamanya tanpa perbicaraan.

Kelmarin, pembangkang dan Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan sangat sama seperti apa yang mereka kata tentang PCA setahun setengah yang lalu dan anda masih mengharapkan rakyat Malaysia untuk mempercayai penipuan kamu?

Seluruh dunia juga seolah-olah akan menggubal undang-undang yang sama tepat pada masanya berikutan ancaman IS / ISIS. Contohnya:

Mereka melakukan perkara yang sama di Australia: “Pemimpin Australia Menggariskan Langkah Keras Baru Anti-Keganasan”.
http://time.com/3718357/australia-tony-abbott-terrorism-isis-sydney-siege-citizenship/

Mereka juga melakukannya di Ireland: “Ireland memperkenalkan undang-undang anti-keganasan yang lebih keras untuk melawan kembali anggota jihad Isis”.

Mereka juga melakukannya di keseluruhan UK: “Akta Anti Pengganas dan Keselamatan baru di UK”
http://www.nationalsecuritylawbrief.com/uks-new-counter-terrorism-and-security-act-how-far-is-too-far/

Tidak mengapalah Pembangkang dan Majlis Peguam, bangkang sajalah. Lawan Tetap Lawan.

Tidak perlu peduli kredibiliti jatuh atau negara kita diserang oleh pengganas IS.

Asalkan, lawan tetap lawan.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1652488058303315