Penipuan Mengenai Harga Roti Gardenia Selepas GST

Admin Suara Rakyat telah menyiarkan posting senarai harga roti Gardenia dan berkata, “Dulu harga SST (10%) Gardenia Butterscotch RM3.82, BILA DAH GANTIKAN GST (6%) HARGANYA ‘JADI MURAH’ RM4.45.. Kan Kan Kan..”

Dan kemudian mereka menyiarkan gambar Syed Mokhtar dan mengatakan kroni semakin kaya.

Nampaknya orang-orang Pakatan Rakyat akan mengambil apa sahaja peluang untuk menabur fitnah dan menghasut kebencian terhadap orang-orang tertentu dan juga Kerajaan.

Wahai admin Suara Rakyat, terma “WP” pada harga tidak bermakna harga sebelum GST dan “RRP” tidak bermakna harga selepas GST.

WP bermakna harga borong (Wholesale Price) – maksudnya harga untuk peruncit dan RRP bermaksud harga runcit yang dicadangkan (Recommended Retail Price) atau harga yang peruncit dijangka menjual.

Oleh itu, harga Gardenia Butterscotch tidak meningkat daripada RM3.82 kepada RM4.45. RM3.82 adalah harga kepada peruncit yang kemudian dijangka akan menjual pada harga RM4.45 (termasuk GST) untuk membuat margin keuntungan sebanyak 42sen + GST sebanyak 25sen.

Harga roti Gardenia Butterscotch, yang merupakan produk khusus yang disasarkan kepada pengguna tertentu, adalah tertakluk kepada GST. Harga runcit sebelum ini adalah RM4.20 dan dengan GST 6%, ia akan menjadi RM4.45.

Bagi orang biasa seperti saya, kita tidak terjejas kerana anda boleh melihat dengan jelas bahawa harga roti biasa seperti Gardenia Original Classic 400g TIDAK akan meningkat dengan GST. Ia dijual pada harga runcit RM2.40 dan selepas GST dilaksanakan, ia masih akan dijual dengan harga RM2.40 kerana ianya dikecualikan GST.

https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239.1073741828.199843990194126/444849129026943/?type=1

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1650170755201712