Rafizi Ramli Fitnah Kerajaan Kes BMW

Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan fitnah apabila mengaitkan gambar kereta-kereta mewah berjata negara yang disebarkan di laman sosialnya adalah pembelian terbaharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi kenyataan diberikan sumber Wisma Putra, kereta-kereta mewah itu bukanlah pembelian terbaharu sebagaimana dicanang Rafizi sebaliknya kenderaan terbabit merupakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh syarikat swasta bersempena Asean Summit ke- 26, yang bakal diadakan pada 26 dan 27 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre.

Adalah amalan biasa untuk syarikat dari sektor swasta menyediakan kemudahan pengangkutan untuk acara-acara besar negara seperti LIMA di Langkawi di mana syarikat terlibat akan mendapat insentif selepas kereta berkenaan dilelong usai acara besar yang ditaja mereka. Dalam erti kata lain, kereta-kereta mewah ini sama sekali TIDAK dibeli oleh pihak kerajaan sebagaimana dakwaan Rafizi.

Dalam kenyataan sama sumber Wisma Putra turut menjelaskan, menteri-menteri luar ASEAN akan menggunakan kenderaan jenis BMW tersebut sebagai pengangkutan rasmi sepanjang persidangan sementara untuk ASEAN Summit, kenderaan jenis Mercedes Hybrid akan digunakan sebagai kereta rasmi.