Rakyat – Mereka inilah Rakyat Kita, Rakyat Malaysia

Rakyat

# Mereka mahu mengajar kerajaan menguruskan ekonomi negara, tetapi mereka sendiri saban bulan gagal melunaskan bil-bil dan bayaran tertunggak di rumah.

# Mereka marahkan kerajaan mempunyai defisit yang tinggi, tetapi mereka sendiri berhutang sekeliling pinggang dan setiap bulan menambah pula hutang baru.

# Mereka menghina isteri pemimpin negara kerana tidak bertudung dan menutup aurat, tetapi mereka sendiri tidak pernah menegur adik atau anak perempuan atau sedara mara mereka yang memakai ‘legging’ sendat menampak alur punggung.

# Mereka menuduh pemimpin negara tidak mengamalkan Islam, tetapi solat mereka sendiri masih belum cukup lima waktunya.

# Mereka mengherdik kerajaan apabila kerajaan lambat menghulurkan bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah, tetapi mereka sendiri cukup bakhil untuk membantu orang lain.

# Mereka haramkan kerajaan mengenakan cukai terhadap rakyat, tetapi mereka sendiri mahu kerajaan menyalurkan pelbagai subsidi dan bantuan kepada mereka.

# Mereka mahu kerajaan bersikap telus, tetapi mereka sendiri tidak mahu mendengar penerangan yang disediakan malah menolaknya mentah-mentah.

# Mereka mahu kerajaan yang lebih baik, tetapi mereka sendiri hanya tahu mengherdik, menghina dan menfitnah kerajaan, malah hanya membisu apabila diminta memberi cadangan.

Mereka inilah rakyat kita, rakyat Malaysia.

Oleh Melayu Kedah Terakhir,
https://www.facebook.com/MRhusmanSkymmar/posts/1081593201857090?fref=nf