SAYA SAYANG TUN MAHATHIR MOHAMAD

1. Ramai yang inbox (hantar mesej) menyatakan kesedihan dengan tindakan saya yang banyak “mengusik” Tun Mahathir. Malah ada juga inbox menanya khabar dan diam seribu bahasa. Faham apa yang kalian cuba ingin sampaikan. Tapi mohon dengar dulu apa yang saya cuba katakan. Jika ianya salah. Maka saya minta maaf dan tidak akan mengganggu sesiapa.

2. Ramai yang kata saya adalah anak muda yang tidak kenang jasa-jasa Tun M. Benarkah?

3. Mari kita menyingkap sejarah di mana pada tahun 1987 (setahun selepas pilihanraya 1986) Tun menghadapi serangan dari pihak dalaman. Krisis dalam UMNO muncul apabila DUA MANTAN PM iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn secara terbuka mempersoalkan pentadbiran Tun M. Sejarah menyaksikan bahawa kedua-dua mantan ini keluar dari UMNO dan menyokong team B. Akibatnya, UMNO dibubarkan. UMNO berpecah.

4. UMNO baru diwujudkan atas kebijaksanaan Tun M. Namun pilihanraya 1990 menyaksikan pembangkang memperolehi kerusi yang lebih banyak dari 29 kerusi (1986) kepada 53 kerusi (1990).

5. Namun Tun M masih kekal berkuasa dengan majoriti di Parlimen sebanyak 70%. Rakyat ketika itu masih menyokong Tun M sepenuh jiwa. Tetapi adakah rakyat ketika itu melupai jasa BAPA KEMERDEKAAN NEGARA dan BAPA PERPADUAN NEGARA?

6. Jawapannya TIDAK. Rakyat ketika lebih cinta kepada perpaduan walaupun pada ketika itu Tun dipersoalkan dengan pelbagai skandal-skandal dalam pentadbiran. Majoriti rakyat ketika itu sayangkan negara dan bangsa.

7. Dan apa yang saya lakukan kini adalah apa yang rakyat pada tahun 1990 fikir. Mereka sanjung kedua-dua mantan PM yang penuh dengan jasa. Begitu juga saya yang sayangkan Tun M yang banyak memberi jasa pada negara.

8. Tun M bertindak menggunakan kaedah yang sama seperti kedua-dua mantan PM terhadap Pak Lah. Sekali lagi Tun M bertindak kepada DS Najib. Apa yang DS Najib warisi adalah satu pentadbiran yang penuh kecacatan.

9. Adakah Tun M lupa pada sejarah yang lalu? Adakah Tun mahu UMNO berpecah seperti dulu? Perpecahan dahulu, tak mengapa sebab “base” masih kuat. Tetapi kini, jika berpecah – percayalah kita tidak akan dapat kembali apabila DAP menguasai.

10. Nak harapkan PKR – mereka sendiri lingkup. Nak harapkan PAS? – PAS sendiri mengharapkan sembah ehsan DAP.

11. Tun menanyakan soalan-soalan yang telah dijawab. Jika dijawab saya pasti akan ditanya lagi. Sampai bila hendak berhenti bertanya? Bila pula DS Najib ingin laksanakan tugas sebagai PM?

12. Zaman kegemilangan Tun bermula selepas 10 tahun pemerintahan. 10 tahun pertama penuh dengan liku. Adakah Tun sudah lupa?

13. Tun berhak bertanya. Tetapi Tun tak berhak memaksa. Negara mempunyai perlembagaan. Dan perlembagaan menggariskan dengan siapa yang Tun layak bertanya. Jika Tun ragu kes mahkamah, tanyalah pihak sepatutnya. Jika Tun ragu pasal 1MDB, tanya pihak tersebut. Namun Tun tetap inginkannya keluar dari mulut DS Najib.

Jadi apa bezanya Tun dengan sekumpulan manusia yang berguling di dataran Merdeka dan pusat bandar setiap bulan? Mereka dan Tun adalah masing-masing memaksa & masing-masing melanggar perlembagaan.

14. Tun, tidak semestinya dengan bersuara itu menyelesaikan masalah. Kadang-kadang diam itu lebih baik dari bersuara.

15. Dan percayalah, apa yang saya lakukan bukan kerana saya tidak mengenang jasa Tun. Tapi saya lebih sayangkan negara. Jasa Tun bukan tiket bagi saya melihat Tun merosakkan perpaduan negara.

16. Tun pernah menjadi seorang anak muda suatu masa dulu. Suara Tun menyebab Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun selepas itu. Beberapa kali saya membaca kisah Tun itu. Saya bukan nak jadi pemimpin dan tak terlintas pun. Tetapi saya nak jadi seorang pemikir seperti Tun.

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/aznil.hisham.1/posts/454331564733903