Semua Skandal Zaman Tun M Telah Dijelaskan

Tun Mahathir berkata bahawa pada ketika zaman pemerintahan beliau, segala skandal beliau telah jelaskan. Dan beliau mengaku kesilapan dalam skandal kewangan tersebut.

Jom kita lihat.

1) 1MDB vs PERWAJA
Skandal Perwaja bermula sejak tahun 1986, apabila mencatatkan kerugian. Rakyat bertanya tentang pengurusan kewangan Perwaja. Hingga Anwar membuat laporan polis pada tahun 1999, barulah pada tahun 2002 Tun mengakui kesilapan beliau dalam pengurusan kewangan Perwaja.

16 tahun lamanya rakyat menunggu pengakuan dari Tun. Namun tetap tiada penjelasan sepanjang tempoh tersebut.

Kes Perwaja masuk Mahkamah. 2011 baru Tun cerita dalam buku memoir Tun. Jadi, apa salahnya Tun tunggu siasatan dari Audit?

2) PEMBUNUHAN ALTANTUYA vs JALIL IBRAHIM
Dua kes pembunuhan adalah serupa. Namun kes pembunuhan Jalil Ibrahim melibatkan skandal kewangan dunia.

Scandal BNF ini rumit. Namun pembunuh kepada Jalil Ibrahim iaitu Mak, diketahui. Ianya menjadi misteri, siapa yang mengarah Mak membunuh Jalil? Apa motif pembunuhan? Hingga kini menjadi misteri. Rakyat bertanya Tun selaku PM ketika itu. Siapa yg arahkan Mak? Ada Tun jawab?

Tun bernasib baik. Zaman tu Mahpus (Mahfuz Omar) masih pakai pempers lagi. Kalau tidak, dah lama dia buat sidang conference dengan Mak ataupun terbang pi Hong Kong.

 


Apa pun, segala skandal beliau ini diceritakan dalam buku “A doctor in the House”



Kalaulah aku adalah DS Najib dan ditanya sebegitu oleh Tun, aku akan jawab:

“Tun, tunggu saya pencen. Saya akan cerita semua itu dalam buku: Najib In The House: Memoirs Of Tun Najib Razak.”

“Jangan ganggu tugas saya sebagaimana saya tidak ganggu tugas Tun dahulu yang penuh dgn skandal.”

Oleh Dr. Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=453633224803737&set=a.101594550007608.3999.100004711893521&type=1