Sindiran & Kiasan Tun satu kaedah berkesan untuk timbulkan keraguan tentang kejujuran & Integriti

Walaupun saya bersetuju bahawa Perdana Menteri, mana-mana Perdana Menteri dalam hal ini, mesti bertanggungjawab kepada rakyat dan mesti menunjukkan ketelusan, dan terbuka kepada kritikan, terdapat perbezaan yang luas antara kritikan dan sindiran.

Sebagai contoh, dalam blog beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan dari mana anak tiri Najib, Riza Aziz, memperolehi wang untuk membiayai penerbitan filem “The Wolf of Wall Street”.

Seperti apa yang dikatakan Dr Mahathir, beliau tidak menuduh Najib melakukan jenayah atau apa-apa salah laku. Dia hanya meminta Najib untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku.

Walaupun itu bukan dakwaan salah laku secara terang-terangan, ia sudah pasti apa yang kita paggil satu innuendo, juga dikenali sebagai satu sindiran atau kiasan. Ia adalah satu cadangan bahawa sesuatu yang tidak elok mungkin sedang terjadi.

Itu, sebenarnya, adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menimbulkan keraguan mengenai integriti dan kejujuran seseorang. Sindiran bukan dakwaan benar-benar tetapi menunjukkan bahawa ada sesuatu yang salah.

Pada 1998-1999, Dr Mahathir sendiri menjadi subjek sindiran apabila pembangkang membangkitkan isu pembelian syarikat perkapalan anaknya oleh Petronas. Dr Mahathir jelas kecewa kerana dia menjawab bahawa Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan ketika itu, enggan untuk mempertimbangkan RM2 bilion yang dia (anak) mahu dan sebaliknya meminta Petronas untuk melakukan penilaian nilai bersih syarikat.

Petronas kemudian menyatakan penilaian hanya RM1 bilion. Jadi anaknya terpaksa menanggung ‘kerugian’ sebanyak RM1 bilion, adu Dr Mahathir. Tetapi Petronas meraih keuntungan apabila ia menjual syarikat perkapalan itu kemudiannya untuk lebih daripada RM1 bilion, pertikai Dr Mahathir. Jadi ia adalah satu urus niaga yang baik untuk Petronas.

Dr Mahathir tidak memberi maklum balas kepada soalan pembangkang atau dari mana anaknya mendapat wang, sama ada RM1 bilion atau RM2 bilion, untuk membeli syarikat itu. Sudah tentu orang selalunya dapat mengumpul dana melalui pinjaman dan pelabur.

Hakikat bahawa Dr Mahathir adalah Perdana Menteri dan Petronas secara langsung di bawah Perdana Menteri dan, mengikut Akta Pembangunan Petroleum, Petronas melaporkan terus kepada Perdana Menteri dan bukan kepada Parlimen, menjadikan perkara ini satu konflik kepentingan yang serius.

Tetapi perkara itu telah diputuskan oleh Menteri Kewangan dan bukan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir menjelaskan. Oleh itu Dr Mahathir tidak boleh dituduh sebarang salah laku atau konflik kepentingan memandangkan Anwar membuat keputusan itu. Anwar, bagaimanapun, berkata beliau terpaksa membuat keputusan itu kerana ‘gun at his head’.

Jadi anda lihat bagaimana integriti dan kejujuran seseorang dengan mudahnya diragukan dengan sindiran. Dan Dr Mahathir yang pernah mengalami ini harus menjadi salah seorang yang patut tahu.

Sementara itu, di Amerika Syarikat, industri filem dibiayai oleh apa yang kita panggil “other peoples money”. Mereka tidak pernah menggunakan wang mereka sendiri tetapi menarik pelabur dan pemodal teroka (venture capitalists). Pemodal teroka membiaya projek berisiko tinggi yang bank-bank mungkin tidak mahu terlibat. Oleh itu ia tidak sukar untuk mengumpul dana jika anda mempunyai projek yang baik.

Dan, dengan bintang seperti Leonardo DiCaprio, pembiaya akan berebut sesama sendiri untuk membiayai filem itu. Bajet untuk filem ini ialah AS $ 100 juta dan dalam tempoh kurang daripada setahun ia membuat kutipan kasar lebih daripada AS $ 300 juta. Justeru ia adalah pelaburan yang berjaya serta filem yang baik.

Kita harus berbangga bahawa bumiputera telah memecah masuk perniagaan yang malah bukan bumiputera Malaysia tidak akan berani menerokainya. Daripada sepatutnya berasa bangga, kita mencadangkan yang Najib sepatutnya berasa malu dengannya.

Oleh Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak,
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,
http://sskeruak.blogspot.com/2015/04/dr-mahathirs-innuendos-against-najib_8.html