Strategi Yang Sama Ketika Pak Lah Disingkirkan

Ia adalah strategi yang sama yang telah diguna pakai hampir sepuluh tahun yang lalu pada tahun 2006. Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dikatakan sering tidur di tempat kerja. Pak Lah juga dituduh tidak menunaikan janji-janjinya.

Oleh itu Pak Lah perlu letak jawatan, kata pembangkang, dan pada tahun 2006 Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai korus pembangkang ini dan mula mengatakan perkara yang sama. Dr Mahathir kemudian pergi di seluruh negara untuk berkempen menjatuhkan Pak Lah.

Dan janji yang Pak Lah tidak tunaikan adalah Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor dan landasan keretapi berkembar ke Singapura.

Sekarang tiba giliran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan strategi yang sama sedang digunakan.

Kebanyakan tuduhan terhadap Perdana Menteri adalah dalam bentuk soalan dan bukannya bukti nyata salah laku. Mereka menimbulkan persoalan dan menuntut Perdana Menteri jawab, dan sehingga dia tidak menjawabnya maka dia dianggap bersalah.

Isu utama di sini, bagaimanapun, adalah bahawa selepas enam tahun di pejabat, Najib masih belum melaksanakan kemahuan Dr Mahathir iaitu Jambatan Bengkok dan landasan keretapi berkembar ke Singapura. Dan ini adalah apa yang menjengkelkan Dr Mahathir. Jadi sekarang Najib dituduh salah laku yang sama seperti Pak Lah dan taktik merosakkan reputasi sama yang digunakan terhadap Najib sebagaimana yang telah digunakan terhadap Pak Lah.

Barang siapa yang menjadi pilihan Dr Mahathir sebagai pengganti kepada Najib perlu menjadi orang yang boleh melaksanakan Jambatan Bengkok dan landasan keretapi berkembar ke Singapura dalam tahun pertama memegang jawatan. Jika tidak, maka orang ini juga akan menghadapi risiko dikritik seperti Perdana Menteri sekarang dan yang sebelum beliau.

Dr Mahathir telah menyatakan dengan jelas dalam satu forum awam pada tahun 2008 bahawa orang yang menggantikan Pak Lah perlu mendengar nasihat ‘Majlis Presiden’ yang akan ditubuhkan untuk ‘panduan’ Perdana Menteri baru. Ini bermakna Perdana Menteri baru perlu mendengar apa yang ‘Majlis’ ini mahu. Ia tidak jelas siapa lagi selain daripada Dr Mahathir berada dalam ‘Majlis’ ini kerana tiada maklumat lanjut telah diberikan.

Pendek kata, akan ada yang menjadi ‘Perdana Menteri de facto’ di atas Perdana Menteri yang akan menentukan apa yang perlu dilakukan. Dan ini adalah apa yang Pak Lah enggan lakukan dan apa yang Najib enggan lakukan juga. Oleh itu, sama seperti Pak Lah yang terpaksa turun, begitu juga Najib. Ianya semudah itu sahaja.

Oleh Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak,
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.