Tidak Bebas Lagikah SPRM? Struktur Sekarang Tidak Mungkin Menutup Kes atas Kes-Kes Yang diLaporkan

Kritikan terbaru mmepertikaikan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalan penyiasatan tidak masuk akal dan berasaskan agenda politik semata-mata bukannya demi keadilan dan ketelusan.

Semalam, Ketua Persuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamad menyatakan bahawa mereka menyiasat semua laporan termasuk membabitkan VIP seperti isu cincin yang bernilaian jutaan ringgit kononnya dibeli oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur.

Sungguhpun beberapa portal pro-pakatan seperti Malaysiakini memberi ulasan yang negatif, namun nyata sekali ulasan tersebut berasaskan agenda politik bukannya agenda keadilan. Mereka mahu menghukum dan menjatuhkan pemimpin politik kerajaan bukan mahu mencari kebenaran.

Struktur SPRM sekarang tidak mungkin membenarkan badan tersebut menutup kes atau menutup mata atas kes-kes yang dilaporkan.

SPRM hari ini dipantau oleh panel lima bebas yang terdiri termasuk salah satunya ialah Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang mengandungi ahli Parlimen dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Kes-kes membabitkan kenamaan yang diklasifikasi sebagai tiada kes harus dibentang kehadapan jawatankuasa ini.

Jika ada usaha menutup sesuatu kes yang ada asas pendakwaan, ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat boleh sahaja mengumumkan kepada rakyat atau mengarahkan SPRM melakukan pendakwaan.

Selain itu SPRM turut mempunyai Panel Penilaian Operasi yang dianggotai oleh aktivis masyarakat. Pada masa ini keanggotaannya termasuk bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee. Kita semua tahu bagaimana individu ini sangat kritikal terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Panel adalah mekanisme ‘check and balance’ terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan untuk didakwa atau ditutup.

Dengan kata lain, jika kes tersebut disarankan tutup tetapi ada kes untuk pendakwaan, orang seperti Lim Chee Wee boleh sahaja mengarahkan siasatan semula atau mendakwa orang yang dituduh. Jika saranan beliau tidak diikuti tentu beliau tidak segan silu menyatakan kepada Malaysiakini.

Dengan kata lain, keputusan mendakwa atau tidak sesuatu kes bukan sahaja terletak kepada SPRM semata-mata tetapi kepada badan-badan penilai bebas yang dianggotai oleh individu pro-pakatan dan wakil rakyat Pakatan sendiri.

Hari ini mereka juga mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman seorang Setiausaha Sulit kepada seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Individu ini langsung tidak menjadi bahan politik dan kes beliau tidak diketahui umum. Jika Menteri dan kerajaan ada kuasa menutup kes beliau tentulah tiada kes ini tidak akan disiasat sehingga membabitkan tahanan reman.

Tidak bebas lagikah SPRM?

SPRM bukanlah satu badan yang sempurna. Sudah tentu ada kes yang dapat dibuktikan dan ada kes yang tertuduh dibebaskan oleh Mahkamah. Sebab itu kita ada pelbagai saluran check and balanced bagi mengimbangi kekurangan tersebut.

Namun untuk menuduh SPRM hari ini tidak bebas dari cengkaman politik sangat tidak masuk akal. SPRM hanya diburukkan oleh agenda politik bukan kerana sama ada mereka jujur bekerja atau tidak.

http://www.mykmu.net/2015/04/apa-lagi-yang-sprm-belum-bebas/