Tuduhan Tun M Mengenai BR1M, Salah

Sekali lagi, Tun Mahathir mengkritik BR1M dan berkata ia adalah untuk membeli undi dan membuat orang jadi malas. Dua tuduhan ini tidak benar.

  1. BR1M diberikan secara langsung kepada semua orang yang memenuhi kriteria pendapatan dan sama ada anda seorang penyokong Pakatan atau BN, anda mendapatnya. Malah, BR1M kini dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima dan ahli-ahli politik tidak lagi dapat mengedarkan kupon BR1M – jadi di mana membeli undi?
  2. BR1M adalah TAMBAHAN pendapatan dan bukan PENGGANTIAN pendapatan. Mana-mana orang yang waras akan tahu bahawa RM100 sebulan (atau RM1,200 setahun BR1M) tidak akan membolehkan anda untuk menjalani kehidupan yang normal. Anda masih perlu mendapatkan pekerjaan tetapi BR1M akan menambah pendapatan anda supaya anda boleh membayar hutang atau membeli barangan atau perkhidmatan yang anda biasanya tidak akan mampu.


Anda perlu benar-benar memahami apa tujuan sebenar BR1M.

BR1M adalah bantuan yang disasarkan kepada rakyat yang yang paling memerlukan bantuan bukannya subsidi selimut (blanket subsidies) yang tidak cekap yang memberi manfaat lebih kepada golongan kaya.

BR1M itu BUKAN untuk golongan miskin sahaja dan sudah tentu bukan hanya program pembasmian kemiskinan (Malaysia mempunyai banyak program-program lain seperti itu) tetapi untuk sasaran 40% golongan berpendapatan lebih rendah di Malaysia. Saya tidak yakin anda boleh memanggil isi rumah yang berpendapatan RM4,000 sebulan sebagai orang miskin atau fakir.

Pemindahan wang tunai secara terus seperti BR1M kepada golongan berpendapatan rendah telah terbukti berkesan di negara-negara dan tempat di Amerika Syarikat, India, Singapura, Brazil, Mexico, Indonesia dan banyak negara lain dan masih beroperasi.

Ia juga telah terbukti menjadi alat dasar yang efektif untuk membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dengan memindahkan lebih kekayaan negara kepada golongan yang berpendapatan rendah jauh dari golongan berpendapatan lebih tinggi. Tidak percaya saya? Baca IMF: http://www.imf.org/external/np/pp/eng/2014/012314.pdf

Pada dasarnya, program seperti BR1M memindahkan secara langsung kekayaan dari yang 60% golongan kaya (melalui pengurangan subsidi, cukai pendapatan dan GST) kepada 40% golongan pendapatan isi rumah yang lebih rendah (melalui BR1M) – oleh itu ketidaksamaan pendapatan tahunan mengecil.

Program ini bertujuan untuk memindahkan subsidi terus kepada rakyat melalui akaun bank mereka. Adalah diharapkan bahawa subsidi yang dikreditkan ke dalam akaun bank akan mengurangkan ketirisan, kelewatan, rasuah dan lain-lain.

Kelebihan pemindahan wang tunai kepada yang disasarkan terletak pada potensi tunai yang lebih efisien, berbanding barangan subsidi, dalam mengembangkan pilihan dan membolehkan isi rumah berpendapatan rendah untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan dan bukan menerimanya melalui agensi kerajaan atau melalui NGO yang mungkin lambat atau mungkin mempunyai ketirisan (rasuah).

Berbanding dengan subsidi selimut seperti subsidi petrol – di mana isi rumah yang kaya akan mendapat manfaat katakan RM5,000 setahun subsidi kerana mereka memandu lebih dan mempunyai lebih banyak kereta. Walau bagaimanapun isi rumah yang lebih rendah akan mendapat manfaat maksimum RM300 setiap tahun pada petrol untuk motosikal.

Andaikan nisbah ialah 10 isi rumah rendah berbanding dengan 1 isi rumah kaya – oleh itu jika kita hapuskan semua subsidi petrol, kerajaan akan jimat (10 X RM300) + RM5,000 = RM8,000.

Kini anggap kerajaan menyalurkan RM8,000 untuk 10 kumpulan pendapatan isi rumah yang lebih rendah, yang akan dapat RM800 bagi setiap isi rumah dan bukannya RM300 seperti sebelum ini.

Keluarga kaya sudah tentu mendapat sifar – tetapi tidak mengapa kerana mereka memang kaya. (Kerajaan mungkin menyimpan RM1,000 untuk program pembangunan tetapi masih boleh memberikan RM700 bagi setiap isi rumah – yang mana masih lagi lebih daripada RM300 sebelumnya).

Hujah dan formula yang sama untuk GST di mana isi rumah yang lebih kaya akan menghabiskan lebih banyak pada barang penggunaan – dengan itu apa-apa pungutan tambahan dari GST pergi terus kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Oleh itu, GST yang lebih berjaya bermakna, jumlah BR1M yang lebih tinggi yang 40% pendapatan isi rumah lebih rendah akan dapat.

Sekarang, bukankah ini lebih adil?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1652837691601685