1MDB Dianaya SARAWAK REPORT? – 2. Adakah Jho Low Arkitek Utama Di Belakang Perjanjian Usahasama 1MDB-Perosaudi?

2. Adakah Jho Low arkitek utama di belakang perjanjian usahasama 1MDB-PetroSaudi?

Sarawak Report mendakwa Jho Low merupakan arkitek utama di sebalik perjanjian 1MDB-PetroSaudi. Orang kanan beliau, Seet Li Lin telah ditunjukkan sebagai mengatur semuanya dengan PSI tanpa penglibatan dan pengetahuan 1MDB. Hanya apabila perjanjian itu dimuktamadkan, dakwa SR, barulah Seet melibatkan 1MDB untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian.

BUKTI : SR melampirkan satu siri perbualan e-mel antara Seet, Jho Low, Sharol dan Patrick Mahony sebagai bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

 



ANALISIS: Semua e-mel kononnya daripada Jho Low dan Seet Li Lin telah menggunakan akaun Gmail. Sangat tidak boleh dibayangkan bahawa seorang jutawan merunding perjanjian berbilion dolar dengan menggunakan perkhidmatan e-mel yang tidak selamat dan percuma seperti Gmail. Oleh kerana e-mel ini telah dihantar menggunakan telefon Blackberry, amat sukar untuk mempercayai bahawa seseorang akan menggunakan alat komunikasi yang selamat seperti BB tetapi berkomunikasi menggunakan akaun Gmail yang tidak selamat.

Juga tanda waktu bagi “GMT + 2” atau “GMT + 0” adalah satu lagi ‘red flags’ (tanda keraguan) kerana ia menunjukkan zon waktu penghantar di Eropah (London dan Central European Summer Time Zone masing-masing).

Selain itu e-mel ini juga telah dihantar menggunakan perkhidmatan telekom T-Mobile, yang pada masa itu (2009) hanya wujud di UK, Jerman, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah yang lain. Ia tidak wujud di Asia. Oleh kerana Jho Low dan Seet berpusat di Hong Kong, tidak mungkin bahawa mereka akan menjadi pelanggan T-Mobile atau mengendalikannya dari Eropah.

Selain itu terdapat banyak kesilapan jelas lain dalam e-mel seperti; Patrick menghantar e-mel kepada dirinya sendiri atau seseorang yang bukan berada dalam lingkaran e-mel asal, muncul entah dari mana di tengah-tengah perbualan e-mel.

KESIMPULAN
Berdasarkan analisis di atas, saya boleh membuat kesimpulan bahawa semua e-mel PSI telah sengaja dipinda pada ‘header’ dan dalam beberapa kes, bahagian kandungan. Adalah satu kebarangkalian besar bahawa orang yang meminda e-mel itu mengambil e-mel yang tulen dan membuat perubahan kecil kepada “isu yang diketengahkan” (address line) dan kandungan untuk menjadikan kononnya menyokong agenda tertentu.

*bersambung..

Oleh Calvin Sankaran,
http://www.malaysia-today.net/was-1mdb-set-up-by-the-sarawak-report/

Bahagian 1: https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/770885029692917/?type=1

Bahagian 2: https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/770904146357672/?type=1

Bahagian 4: https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/770922523022501/?type=1