1MDB Dianaya SARAWAK REPORT? 3. Adakah 1MDB Menipu Tentang Baki Akaun Bank Di Singapura?

3. Adakah 1MDB menipu tentang baki akaun bank di Singapura?

Sarawak Report melaporkan bahawa 1MDB memberikan penyata bank palsu ke atas jumlah yang dimiliki di BSI Bank Ltd Singapura. Ini nampaknya disampaikan oleh BSI kepada pihak berkuasa Singapura.

BUKTI : Tiada. SR tidak memberikan apa-apa bukti.

 



ANALISIS: Sesiapa sahaja walaupun dengan pemahaman asas amalan perbankan korporat mengetahui bahawa tuduhan ini tidak mungkin benar. BSI adalah bank swasta dan salah satu ciri penting bagi bank-bank ini adalah kerahsiaan pelanggan, budi bicara dan kerahsiaan perbankan.

Bank swasta atau mana-mana bank antarabangsa sama sekali tidak akan bersedia untuk dengan sukarela mendedahkan transaksi dan butiran akaun pelanggan mereka kepada pihak berkuasa tanpa perintah mahkamah yang khusus. Dalam kes ini ia adalah lebih rumit kerana BSI Singapura adalah di luar jangkauan undang-undang Malaysia. Tambahan pula Jabatan Audit Negara (AG) adalah satu agensi pengauditan dan bukan agensi penguatkuasaan undang-undang.

KESIMPULAN
Tuduhan ini tidak disokong langsung oleh apa-apa bukti. Tambahan pula dakwaan ini tidak sedikit pun logik dari sudut perniagaan mahupun pemikiran. Oleh itu ia perlu diketepikan atau sebagai satu lagi dakwaan palsu.

Saya pasti apabila AG membentangkan laporannya pada bulan Jun, beliau akan mengesahkan penemuan saya di atas kerana dia akan mempunyai akses penuh kepada kontrak, e-mel, akaun bank, dan lain-lain berkaitan 1MDB yang sebenar.

Apa yang paling mengejutkan saya ialah wartawan kewangan walaupun berpengalaman yang sepatutnya berpengetahuan tentang perbankan dan amalan korporat, gagal mengesan pelbagai penyelewengan dan kejanggalan utama dalam laporan SR. Kebanyakan mereka seronok melaporkan apa yang SR terbitkan pada halaman web tanpa memeriksa secara kritis akan bukti yang dikemukakan.

Bagi Clare Rewcastle-Brown, sama ada dia terlibat dalam skim fabrikasi rumit ini atau tidak, telah pasti menghadapi tuduhan jenayah selepas tamatnya penyiasatan polis London ke atas laporan PetroSaudi ini kerana godaman (hacking) dan fabrikasi dilakukan di UK.

Jika dia benar-benar percaya kepada kesahihan bukti-bukti itu, maka saya mencabar beliau untuk mengemukakannya kepada pihak berkuasa UK atau agensi forensik bebas untuk pengesahan atau penyiasatan.

Tetapi saya pasti dia tidak akan lakukannya kerana dia tahu segala bukti yang dikemukakan telah dipalsukan.

Oleh Calvin Sankaran,
http://www.malaysia-today.net/was-1mdb-set-up-by-the-sarawak-report/

Bahagian 1: https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/770885029692917/?type=1

Bahagian 2: https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/770904146357672/?type=1

Bahagian 3: https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/770916056356481/?type=1