1MDB Merupakan Syarikat Yang Paling Disiasat Dalam Sejarah Malaysia

Saya dengar terdapat kemajuan yang ketara dalam 1MDB di bawah Dato Abdul Wahid Omar dan pasukan petugas MOF untuk merungkaikan pelaburan dan melepaskan tunai, mengurangkan hutang dan mendapatkan wang daripada aset.

Walaupun saya juga tidak sabar untuk mendengar lebih banyak penjelasan daripada 1MDB tentang progresnya, Saya sentiasa diingatkan perkara berikut:

1) Perjanjian berbilion paling banyak ditandatangani oleh 1MDB adalah dengan syarikat-syarikat 100% milik kerajaan asing atau syarikat-syarikat yang berkaitan yang terdapat perjanjian kerahsiaan – Aabar, IPIC, PetroSaudi (dimiliki oleh anak Raja Abdullah), Lembaga Pelaburan Qatar. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/01/17/1mdb-woes-causing-jitters-in-mideast/

Dari laporan kewangan yang diaudit 2014, terdapat lebih daripada RM10 bilion wang tunai dan pelaburan yang berada di dalam usahasama dan jaminan ini yang perlu dirungkaikan dan 1MDB sangat berhati-hati untuk tidak mendedahkan maklumat yang mungkin menimbulkan ketidakpuashatian kerajaan asing. Proses ini mengambil masa kerana pelbagai perjanjian telah ditandatangani. http://tinyurl.com/qzk8tna

2) 1MDB merupakan syarikat yang paling disiasat dalam sejarah Malaysia. Ketua Audit Negara, PAC, PDRM, SPRM dan pasukan petugas dari MOF semua telah memulakan kertas siasatan dan memeriksa 1MDB.

Badan yang belum memulakan penyiasatan 1MDB seolah-olah cuma tinggal Bomba dan DBKL.

Jika ada sebarang kejanggalan atau wang hilang, ia akan diketahui. Dan sebab mengapa kerajaan dengan selesa membiarkan banyak pihak menyiasat adalah kerana mungkin mereka yakin bahawa mereka boleh mempercayai akaun yang telah diaudit oleh firma antarabangsa.

Setelah menyatakan semua di atas, saya sangat berharap bahawa 1MDB membuka mulutnya dengan lebih dan beritahu kami apa yang ia boleh beritahu.

Tidak berinteraksi dengan kami dan memberitahu kami hanya membuat rakyat gusar dan mengesyaki perkara yang paling teruk kerana telah kerap dilatih untuk berfikir “tiada berita melainkan berita buruk”.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1666705736881547