Adakah LIM HOCK SENG & LIM GUAN ENG Berbohong didalam DUN atau EWEIN ZENITH SDN BHD Menipu Bursa Malaysia?

Pada 30 April 2015, jawapan rasmi berikut telah diberikan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang:

– Lim Hock Seng bagi pihak Lim Guan Eng mengesahkan bahawa RM305 juta yang merupakan kos kajian kebolehlaksanaan untuk projek terowong selain tanah yang telah dianugerahkan untuk projek tersebut tidak boleh diambil balik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun kajian kebolehlaksanaan itu gagal.

– Menurutnya lagi, tiada sebarang tanah telah dianugerahkan lagi kepada syarikat konsesi sebagai pampasan untuk kajian kebolehlaksanaan. https://goo.gl/M04mjO

Bagaimanapun, dalam pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia bertarikh 31 Mac 2015, syarikat konsesi tersebut telah MENGESAHKAN yang ‘tanah-tanah’ telah diasingkan untuk Ewein Zenith Sdn Bhd.

Menariknya pada 17 Februari 2015, “Lembaga Pengarahingin membuat pengumuman bahawa Ewein Zenith Sdn Bhd telah menerima kelulusan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk perancangan pembangunan di atas sebidang tanah yang akan dimulakan pada 30 Mac 2015.”
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1195329

Adakah dalam kes ini, pengasingan dan kebenaran perancangan diluluskan bermakna, TIADA TANAH DIBERIKAN?

Jadi, adakah Lim Hock Seng dan Lim Guan Eng berbohong di dalam DUN atau Ewein Zenith Sdn Bhd menipu Bursa Malaysia?

Apakah penalti perbuatan mengelirukan Dewan Undangan Negeri?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1667707596781361&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1