Apa Itu Tun Razak Exchange? Mengapa Terdapat Golongan Yang Beria Mahu Menggagalkanya?

Sebelum anda lihat video tentang model TRX pada link ini,


Ada baiknya kalian baca sedikit tentang TRX.

1. 1MDB Real Estate dan syarikat berpangkalan di Australia, Lend Lease telah memeterai perkongsian untuk membangunkan segmen gaya hidup Lifestyle Quarter di Tun Razak Exchange (TRX) yang berunjuran nilai pembangunan kasar (GDV) RM8 bilion apabila siap kelak.

2. 1MDB Real Estate yang merupakan pemaju induk TRX akan menguasai 40% daripada perkongsian itu dengan baki oleh Lend Lease.

3. Tujuan TRX antaranya:
a) Menaik taraf infrastruktur utama bagi TRX dan kawasan Imbi. Dengan kata lain, lebuh raya kawasan sekitar akan diperbesarkan. Infrakstruktur sekitar kawasan dimajukan.

b) Menampung peningkatan permintaan bangunan-bangunan perniagaan dan seterus menjadikan TRX pusat perniagaan yang maju dan canggih yang bersesuaian dengan cita rasa pelabur.

c) Pemangkin dalam menarik komitmen pelaburan langsung asing (FDI) ke daerah kewangan utama Malaysia itu.

d) Segmen gaya hidup yang akan mendukung wawasan TRX untuk muncul sebagai hab kewangan dan perniagaan antarabangsa, merupakan pembangunan bercampur-campur diteraju oleh sektor runcit. Ini merangkumi kompleks beli-belah, beberapa blok kediaman bertingkat tinggi dan sebuah hotel yang akan bersambung dengan sebuah taman pelbagai lapisan di tengah-tengah serta stesen MRT terbesar di Kuala Lumpur. Ia bertujuan menawarkan pengalaman gaya hidup yang moden serta menjadi penanda aras baharu bukan sahaja dari segi reka bentuk tetapi juga jenis peruncit, kemudahan menjamu selera, kegiatan riadah serta hiburan.

4. Lend Lease merupakan kumpulan firmahartanah antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan bersepadu merangkumi pengurusan pelaburan, pembangunan, pembinaan, pengurusan projek serta pengurusan aset dan hartanah.

5. Antara projek pembangunan semula bandar yang utama oleh Lend Lease ialah Barangaroo South dan Darling Harbour Live di Sydney, Australia, serta The International Quarter dan Elephant & Castle di London, United Kingdom.

6. Lend Lease juga pernah terlibat dalam beberapa projek penting di Malaysia antaranya Menara Kembar Petronas, Setia City Mall dan yang terbaharu Pinewood Iskandar Malaysia Studios.



Kesimpulan:
1. TRX bakal menjadi “Heart of KL”.

2. TRX bakal menjadi pusat perniagaan utama.

3. TRX bakal menjana pendapatan negara dan seterusnya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yg berpendapatan tinggi.

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/aznil.hisham.1/posts/465653223601737