DAP Mahu PKR Perkemas Jentera PRK “Kami Berasa Seperti Mahu Menarik Diri Daripada Kempen”

DAP Pulau Pinang nampaknya seperti tidak puas hati dengan jentera pilihan raya PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, dan mahu ia diperkemaskan.

Seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat berkata parti itu kecewa dengan kurangnya sokongan daripada PKR, terutama ketika berkempen untuk menarik undi di kalangan masyarakat India.

Beliau memberi contoh satu perjumpaan dengan pengundi di Kampung Bagan Serai di Permatang Pauh.

Pemimpin itu, yang tidak mahu dikenali, berkata kaum India di kawasan itu berasa diabaikan oleh PKR, di mana calon yang juga presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

Wan Azizah berdepan dengan calon BN Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (bebas).

“Kami berasa seperti mahu menarik diri daripada kempen. Kami memberitahu mereka tentang hal itu kerana ia tidak boleh berterusan begini,” kata pemimpin itu, yang berasal dari Pulau Pinang, kepada Malaysiakini.

“Kecuali mereka memperkemaskan jentera mereka, supaya lebih teratur, dan tidak mengabaikan masyarakat India, kami akan tarik diri,” tegasnya.

Pemimpin itu berkata walaupun bilangan pengundi India mungkin kecil – 4,083 orang – tetapi menurutnya, setiap undi penting dalam pilihan raya kecil itu yang terbukti lebih sukar dari hari ke hari.
http://www.malaysiakini.com/news/297024

Difahamkan pemimpin kanan DAP itu adalah Prof Dr P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP.

Susulan ugutan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng dilaporkan telah memberi peringatan akan menghadapi tindakan disiplin yang teruk jika memboikot PRK itu.

“Saya bercakap sebagai pemimpin nombor satu dalam DAP. Jika sesiapa melanggar arahan parti (yang menyokong PKR), tindakan keras akan diambil terhadap mereka. Jangan main, main,” kata Guan Eng. http://www.malaysiakini.com/news/297051