Kelompak ANWARINAS Boikot PRK Rompin. Mereka Lebih Bekerja Keras Menolong Calon PKR Di Permatang Pauh Daripada Calon PAS Sendiri Di Rompin

Bukan sahaja PAS bersendirian di PRK Rompin, tetapi kelompok ‘Anwarinas’ dalam PAS juga seperti memboikot calon PAS, Ustaz Nazri, di Rompin. Mereka hanya turun ‘tunjuk muka’ masa pernamaan calon dan selepas itu tidak muncul-muncul semula di Rompin.

Mereka lebih bekerja keras menolong calon PKR di Permatang Pauh, daripada calon PAS sendiri di Rompin.

Berhubung dengan Permatang Pauh, saya melihat yang akan menghukum PKR bukan akar umbi atau ahli PAS, tetapi pengundi Melayu sendiri.

Apa yang berlaku di Permatang Pauh nanti ialah fenomena penolakan pengundi Melayu terhadap Presiden PKR dan PR.

Beberapa faktor akan menyebabkan fenomena ini:

1. Dasar dan tindakan kerajaan negeri yang diketuai oleh DAP banyak menekan dan menindas orang Melayu. Bila ada pimpinan PAS negeri menyuarakannya, dia terus dipinggirkan oleh DAP.

2. PKR dilihat tidak serius terhadap agenda mendaulatkan Islam di negara ini, khususnya dalam isu PAS ingin melaksanakan hudud di Kelantan. Sikap berdolak dalik mereka mengecewakan pengundi Melayu.

3. Gaya politik PKR yang cenderung kepada politik anak-beranak dengan mengkitar semula calon dari kalangan ahli keluarga Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Gaya politik ini menjemukan pengundi di Permatang Pauh.

Oleh Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS.
http://www.malaysia-today.net/kelompok-anwarinas-boikot-prk-rompin/