Laporan Ketua Audit Negara Mengenai 1MDB Dijangka Siap Jun

Pengkritik 1MDB (termasuk Tun M) tidak boleh menunggu satu bulan lebih?

Laporan Ketua Audit Negara selesai bulan depan dan PAC akan bermula minggu depan, hari Selasa.

Anda semua ingin mengetahui kebenaran atau hanya mahu menggunakan 1MDB untuk menjatuhkan Najib dan Kerajaan?

 



Laporan Ketua Audit Negara berhubung siasatan mengenai akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan disiapkan menjelang bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan tertutup dengan semua ketua Umno bahagian memberitahu bahawa laporan mengenai penemuan awal oleh Ketua Audit Negara akan segera diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut seorang ketua Umno bahagian di Selangor yang hadir pada pertemuan itu memberitahu bahawa Najib pada pagi Isnin menghubungi Ketua Audit Negara untuk bertanyakan tentang perkembangan siasatan dan diberitahu bahawa penemuan awal kemungkinan besar akan siap pada bulan depan.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/12/AGs-report-on-1MDB-ready-by-June-Initial-findings-to-go-to-the-Public-Accounts-Committee-says-PM-at/