Mat Sabu Ingatkan Ahli Pas Kenang ‘Budi’ PKR & DAP

Jadi, jika orang-orang PAS mengundi PKR atau DAP, ia hanya kerana terhutang budi?

Saya rasa Mat Sabu masih kenang budi kerana PBA bayar yuran perubatan dia dan juga elaun bulanan pengarah.

 



Bimbang dengan kemungkinan PKR kehilangan undi penyokong PAS di Permatang Pauh, timbalan presiden parti itu, Mohamed Sabu menjaja keperluan untuk mereka terus memberi sokongan kepada DAP dan PKR jika ingin menawan Putrajaya.

Mohamed Sabu atau dikenali Mat Sabu mencanang kronologi peristiwa yang membuahkan Pakatan Rakyat dalam siri ceramah beliau bagi menyakinkan penyokong PAS untuk mengundi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil kerusi parlimen itu Khamis ini.

Malah beliau berkata mantan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memimpin Kelantan dan Terengganu hanya apabila PAS bergading dengan parti politik lain.

“Tahun 1978 kita lawan BN tetapi tidak menang, tidak boleh ambil semula Kelantan, tahun 1982, kita lawan semula BN untuk ambil Kelantan pun tidak boleh juga, tahun 1990, bila BN pecah, kita tahaluf dengan Semangat 46, kita lawan UMNO, kita menang dan tawan Kelantan.

“Nik Aziz jadi menteri besar selepas menang, maknanya kita ambil pakatan politik dan bukan PAS seorang,” katanya di hadapan kira-kira 150 ahli PAS dan orang luar yang datang memerhati di Markaz Besar PAS Pejabat ADUN Permatang Pasir.

“Kita menang di Terengganu setelah ada barisan alternatif walaupun Keadilan tidak berapa besar di Terengganu, kita sokong dia, dia sokong kita, Tok Guru Haji Hadi dapat menjadi menteri besar Terengganu.

“Hasil daripada pakatan dan keadilan,” kata beliau, merujuk kepada kejayaan PAS menubuhkan kerajaan negeri di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 namun ia tewas pada PRU seterusnya.

Kupasan sejarah itu diungkit Mat Sabu berikutan gertakan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi yang mengancam mahu menafikan 10,000 undi untuk Wan Azizah di Permatang Pauh. Mereka marah kerana tindakan PKR membidas Hadi sebelum ini.

Dalam ceramahnya, Mat Sabu juga berkata hasil kerjasama dengan DAP dan PKR, pemimpin-pemimpin PAS dapat rasa menjadi menteri besar di negeri-negeri lain seperti Perak dan Kedah.

Sumber: http://antarapos.com/