Orang Melayu Menderita 3 Penyakit yang Bangsa Lain Tidak Pula Mengalaminya : Melatak, Mengamuk & Histeria

Orang Melayu menderita 3 penyakit yang bangsa lain tidak pula mengalaminya: melatah, mengamuk dan histeria.

Bekas penjajah British barangkali agak terkejut bila mereka kali pertama melihat orang melayu mengamuk. Mereka mungkin bertanya kepada Ketua Kampung berkenaan dengan orang yang menghayun dan menjulang kerisnya di samping berlari ke arah penduduk yang sedang menjerit dan cuba menikam sana sini.

Ketua kampung berkemungkinan akan menjawab, “Dia mengamuk tuan”

Mengamuk? Tidak ada perkataan di dalam bahasa inggeris yang dapat memberikan makna secara tepat terhadap apa itu mengamuk. Dan mungkin Orang Putih tersebut, sambil menikmati minuman keras pada malamnya, berkata kepada para pengikutnya, “Ada lelaki mengamuk siang tadi, sambil menjulang keris, menjerit macam pontianak dan cuba menikam orang kampung”.

Maka dengan itulah frasa “running amok” lekat di dalam bahasa inggeris hingga ke hari ini.

Melatah pula kita hanya jumpa di dalam budaya Melayu. Apabila seseorang itu ada melatah dan anda kejutkan orang itu, dia akan melompat, ada masanya sampai akan menari atau bersilat dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Secara ringkasnya, orang itu akan hilang kawalan terhadap tindakan dan kata-katanya. Saya secara peribadi telah melihat perkara ini berlaku dengan kerap.

Ada sebuah kes yang unik berlaku di Kuala Terengganu 30 tahun lepas. Dua orang yang kuat melatah, seorang lelaki dan seorang perempuan masuk ke dalam lift. Ketika itu adalah waktu makan tengahari dan lif agak sesak.

Seorang lelaki yang kuat menyakat telah mencucuk perut lelaki itu dari tepi dan berkata, “Boo!” Dan lelaki itu secara tiba menjerit “Burit!”. Perempuan yang melatah itu bertindak balas dan menjerit “Puki!” Lelaki yang melatah tadi kemudian sekali lagi menjerit “Burit!”dan ianya berterusan sehinggalah lif tiba di tingkat bawah.

Semenjak dari kejadian itu, mereka tidak lagi menaiki lif yang sama.

Apa puncanya? Tiada siapa yang tahu tapi nampaknya hanya orang Melayu yang mengalaminya. Dan sebab itulah bila ada orang bersembang, yang bukan orang Melayu akan berkata “Dia tu melatah.”

Penyakit ketiga pula adalah histeria. Tapi kini nampaknya penyakit ini mula menjangkiti orang bukan Melayu juga. Kejadian histeria ini juga telah banyak berlaku, bila secara tiba-tiba seorang pelajar perempuan sekolah mula menjerit, kemungkinan satu kelas atau satu sekolah akan turut sama-sama histeria.

Biasanya seorang doktor biasa tidak mampu berbuat apa-apa untuk menangani keadaan ini. Jadi mereka akan memanggil khidmat bomoh untuk membantu menghalau semangat yang telah mengacau mangsa tadi. Selepas bomoh menghalau hantu tersebut atau menawarkan pengeras atau meminta secara lembut kepada semangat itu untuk meninggalkan tubuh gadis tersebut, barulah keadaan akan kembali normal.

Apa yang yang diperlukan hanyalah seorang untuk memulakan – jerit, pengsan, menangis, tanggalkan pakaian dan berlari ke hulu hilir atau apa sahaja. Dan semua orang akan turut terjebak dan menyertai histeria. Hanya bomoh sahaja mampu untuk memulihkan keadaan ini.

Bukanlah susah sangat untuk memulakan histeria ini. Macam kes melatah, anda hanya perlukan satu perkataan. Sebagai contoh, anda hanya perlu jerit “1MDB” dan akan menyebabkan histeria yang besar-besaran. Atau, kalau ia tidak menyebabkan histeria, ia pasti akan menyebabkan ramai orang melatah dan mungkin ada yang akan mengamuk.

Ada satu taktik yang cukup baik yang digunakan oleh seorang pemimpin UMNO Kedah merangkap Ahli Parlimen di Kedah – yang mahu namanya dirahsiakan – ketika membuat sebuah blog 2 hari lepas.

Dia ‘membocorkan’ beberapa dokumen di dalam blog tersebut dan berpura-pura itu bukan dirinya, yang cuba mengaitkan Lembaga Tabung Haji dalam satu perjanjian yang meragukan dengan 1MDB. Dengan cepat semua orang melatah, dan ada yang mengamuk. Ada yang kemudiannya terus menyertai histeria tersebut. Dalam keadaan huru-hara histeria dan latah tersebut, tiada siapa pun yang memeriksa kebenaran dokumen yang dibocorkan tersebut.

Seorang menjerit 1MDB telah hilang RM42 bilion – duit itu lesap entah kemana. Seorang lagi menjerit 1MDB telah membuat pelaburan yang tidak bagus dan menghadapi kerugian yang besar. Dan ada lagi yang menjerit 1MDB membeli tanah dengan harga yang murah dan menjualnya kembali dengan harga yang tinggi.

Saya anggap ianya seperti 2 orang yang melatah, satu menjerit “Burit, 1MDB rugi besar!” dan seorang lagi menjerit “Puki, 1MDB untung terlampau besar”

Itulah masalahnya dengan orang melatah. Mereka tidak boleh tentukan mana satu yang menjadi kesalahan, 1MDB kehilangan wang yang banyak atau 1MDB membuat keuntungan yang banyak.

Ada yang tak kisah pun 1MDB menghasilkan keuntungan. Malah, mereka fikir 1MDB patut menjana keuntungan kerana itulah objektif penubuhannya. Apa yang mereka tidak gembira ialah 1MDB menjana keuntungan dari Tabung Haji.

Adalah 1MDB membuat keuntungan dari Tabung Haji? Maksud saya adakah Tabung Haji perlu rugi supaya 1MDB boleh untung? Sebenarnya, Tabung Haji akan menghasilkan keuntungan, malah mungkin berlipat kali ganda lagi, tapi itu bukan isunya. Isunya, saya sendiri pun tak tahu apa isunya.

Oleh Raja Petra Kamarudin
http://www.malaysia-today.net/mass-hysteria-syndrome-of-the-malays/