Pembekuan Pengambilan Kakitangan Baru Kerajaan & Potongan Bajet Kepada Kementerian Kesihatan. Kerajaan Telah Kehabisan Wang?

Saya tak faham mengapa orang ramai terus-terusan menyerang kerajaan (sebenarnya, mereka faham) dan melontarkan soalan sama ada kerajaan benar-benar telah kehabisan wang.

2 contoh terbaru adalah pembekuan pengambilan kakitangan baru kerajaan dalam satu langkah untuk mengoptimumkan perkhidmatan awam dan potongan bajet kepada Kementerian Kesihatan.

Ingatkah anda semua bahawa pendapatan berasaskan petroleum dan royalti pada tahun ini akan berkurang sebanyak RM20 bilion kerana penurunan mendadak harga minyak global?

Ingatkah anda semua bahawa pada penghujung Januari lepas, Kerajaan telah mengisytiharkan pemotongan pakej bajet untuk tahun 2015 dan mengumumkan pemotongan sebanyak RM5.5 bilion dengan pelbagai pendekatan dan masih mampu mengurangkan defisit bajet dari 3.5% kepada 3.2%?

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/budget-reduced-by-rm5.5-billion-deficit-target-changed-to-3.2

Adakah anda terlupa bahawa semua ini berlaku dalam masa kurang dari 3 bulan?

Selama bertahun-tahun, kerajaan telah dikritik kerana mempunyai bilangan kakitangan awam dan kos yang terlalu besar tetapi apabila kerajaan mengumumkan yang mereka akan membekukan pengambilan kakitangan baru untuk sementara waktu untuk mengoptimumkan guna tenaga kakitangan kerajaan, orang ramai bising. Tambah kakitangan, orang ramai bising. Berhenti tambah kakitangan, orang ramai juga bising.

Dan Menteri Kesihatan telah berkata penjagaan pesakit tidak akan terjejas susulan dari pemotongan bajet ini kerana kementeriannya akan mengoptimumkan penjimatan dalam bidang pentadbirannya yang lain untuk menggantikan dana yang hilang ekoran dari pemotongan bajet ini. Bukankah ini masa yang bagus untuk mengkaji semula ketidakcekapan dan pembaziran dan dalam masa yang sama, memastikan tahap perkhidmatan dapat dikekalkan walaupun dengan bajet yang sedikit?

Tidakkah anda semua mahukan kerajaan yang lebih telus dan berkesan?

Harga minyak global telah pulih lebih cepat dari dijangkakan semenjak pengumuman berkenaan perkara ini dibuat. Dalam pemotongan pakej bajet yang dibuat pada Januari, kerajaan meletakkan jangkaan harga purata minyak pada US$50 setong (atau US$55 untuk minyak tapis).

Walaubagaimanapun, dalam masa 2 bulan selepas itu, harga minyak telah meningkat melebihi harga purata tersebut dan bergerak pada paras US$55 hingga US$60 setong (harga semasa minyak adalah US$65 setong). Maka, akan terdapat lebihan dana yang boleh digunakan kerajaan untuk mengurangkan lagi defisit bajet atau membelanjakan ia ke atas infrastruktur yang lain.

Malah, Bloomberg telah mengesahkan bahawa pendapatan Kerajaan Malaysia, walaupun terjejas dengan harga minyak mentah yang rendah, masih mampu mencatatkan pertumbuhan pendapatan melebihi perbelanjaan selepas diselaras dengan inflasi – bermakna pendapatan melebihi perbelanjaan.

“Nampaknya Malaysia telah mengurangkan perbelanjaan mereka setelah menjangkakan pendapatan sektor minyak dan gas akan mengalami pengurangan. Mungkin mereka telah mengurangkan lebih dari apa yang sepatutnya,” jelas Tamara Henderson, seorang ahli ekonomi dengan Bloomberg Intelligence yang juga seorang penganalisis data.

http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-04-24/the-surprise-in-malaysia-s-budget-revenue-growth-beats-spending

Ini menunjukkan bahawa kerajaan telah benar-benar bersedia menghadapi sebarang penurunan pendapatan dari harga minyak dan telah, dengan cukup disiplin, mengawal perbelanjaan yang berlebihan dan bersedia dengan pelbagai langkah pencegahan.

Dan ini merupakan salah satu faktor mengapa Ringgit kita merupakan salah satu matawang yang paling stabil di Asia untuk bulan April, dan juga sukuk dolar amerika yang sangat berjaya di mana rakyat asing memberikan ganjaran kepada kerajaan atas disiplinnya dan keberkesannnya menghadapi krisis global yang tak menentu.