Pembelian Plot Tanah di TRX Meletakkan Dana Tabung Haji Kepda Risiko Atau Boleh Lesap?

Dari salinan dokumen yang bocor, boleh dilihat bahawa terdapat satu bahagian yang ditinggalkan oleh orang-orang yang menghentam urusniaga Tabung Haji dan mengatakan bahawa wang Tabung Haji lesap atau meletakkannya dalam keadaan berisiko.

Untuk pembelian berharga RM188.5 juta (bukan lagi RM194 juta), Tabung Haji ditawarkan tanah untuk 40 tingkat kediaman servis (service resident) dan sebidang tanah lain sebagai cagaran yang akan diletakkan di bawah nama TH di mana TRX / 1MDB akan menyiapkan kesemua kerja-kerja infrastruktur. https://goo.gl/ZLN2AX

Bahagian tanah lain ini telah dinilai secara bebas sehingga RM370 juta oleh Jones Lang Wooton yang terkenal.

Pada dasarnya, Tabung Haji mendapat tanah berharga RM188.5 juta dan caj ke atas satu lagi tanah bernilai sehingga RM370 juta.

Maksudnya Tabung Haji terjamin dengan aset fizikal sehingga RM550 juta bagi perbelanjaan sebanyak RM188.5 juta – tidak pasti bagaimana ini ditafsirkan sebagai meletakkan dana Tabung Haji kepada risiko.

Ini jelas menunjukkan pasukan pengurusan pelaburan TH dan TRX memikirkan risiko kepentingan dana Tabung Haji dan melindungi dana itu secukupnya.

(Nota: Hakikat bahawa jaminan tambahan bernilai begitu besar juga bermakna bahawa masih terdapat sejumlah besar pelaburan yang diperlukan untuk dibelanjakan oleh TRX / 1MDB bagi kerja-kerja infrastruktur TRX itu).

TRX sepatutnya menjadi Pusat Kewangan Islam Global. Perhatikan perkataan Islam pada Pusat Kewangan Islam. Bukankah Tabung Haji sepatutnya mempunyai kepentingan dalam projek ini?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1666517423567045&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1