Penyokong PKR Serang Penyokong PAS PRO ULAMA

Dalam satu sesi kempen yang tegang petang tadi, penyokong Parti Keadilan Rakyat dikatakan telah menyerang penyokong kumpulan ulama dalam Pas yang mengadakan demo sokong Hudud di hadapan Masjid Kubang Semang petang tadi.

Polis dipanggil membantu menyuraikan keadaan dan setakat ini tiada laporan kecederaan dibuat.

Hubungan PKR dan Pas dalam pilihan raya Permatang Pauh tegang berikutan saranan sekumpulan penyokong Pas yang pro-Hudud agar penyokong Pas di Permatang Pauh memboikot pilihan raya ini sebagai satu cara mengajar PKR dan DAP.

Tonton sendiri: