RASIS, TERDESAK & MENYEDIHKAN! PKR & Pakatan Bermain Politik Kebencian Kaum Di Permatang Pauh!

Dalam keadaan terdesak, PKR dan Pakatan kini bermain politik kebencian kaum di Permatang Pauh.

Malam tadi, Pakatan telah meletakkan banyak papan iklan di kawasan Permatang Pauh mendakwa Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie telah membuat kenyataan bahawa “Melayu Bayar Lebih GST”.

Ini datang dari artikel China Press yang memetik luar konteks dan China Press telah mengeluarkan permohonan maaf dan pembetulan untuk ini. https://goo.gl/oUZYR6

Ini adalah permainan yang berbahaya dan membuktikan sekali lagi bahawa Pakatan Rakyat bersifat perkauman dan memainkan sentimen perkauman untuk menghasut kebencian dan memecah-belahkan Malaysia.

Ini adalah tindakan MENYEDIHKAN, TERDESAK dan RASIS daripada PKR dan Pakatan Rakyat untuk mengambil jalan mudah melalui POLITIK KEBENCIAN.

SHAME ON YOU PKR, PAKATAN RAKYAT!

Apakah memenangi Permatang Pauh lebih bernilai daripada memprovokasi keharmonian antara kaum?

Adakah ini harga yang anda semua sanggup bayar?

Saya berharap semua pengundi – Melayu, Cina, India dan lain-Lain – di Permatang Pauh menghukum PKR dan DAP kerana menggunakan ISU PERKAUMAN dan FITNAH untuk mengganggu keharmonian kaum.

Saya berharap BN dan MCA akan memfailkan aduan rasmi kepada SPR serta PDRM dengan segera kerana poster tersebut adalah jelas bersifat perkauman dan menghasut. Mungkin Wan Azizah juga boleh dilucutkan kelayakan bertanding.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1665348943683893&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1&theater

 



Terbaru, laporan polis serta aduan kepada pihak SPR telah dibuat oleh Ketua Wanita MCA:

YBhg Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof,
Pengerusi SPR Malaysia

YBhg Tan Sri Dato Seri,

Aduan : Tindakan ke Atas Poster PKR Yang Fitnah Dengan Niat Untuk Menghasut Di Kawasan PRK Permatang Pauh Dengan Gambar Saya dan Kenyataan “Melayu Bayar Lebih GST”.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa poster-poster yang dipercayai dipasang oleh PKR yang memfitnah dengan niat jahat untuk menghasut telahpun dinaikkan di merata-merata kawasan PRK Permatang Pauh khususnya pagi ini. Ia juga dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian kaum dan perpaduan Negara.

3. Sehubungan itu, saya telah membuat laporan polis di Polis Station Perak, Medan Kidd pada 10.30am tadi dan kini saya ingin mengadu kepada SPR untuk menurunkan poster-poster tersebut dan tindakan sewajarnya.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

Datuk Heng Seai Kie
Ketua Wanita MCA Malaysia
Tingkat 7, Wisma MCA
Jalan Ampang, KL