Suara Akar Umbi Keadilan Pertikai Wan Azizah Selaku Calon

Adalah pelik untuk untuk sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Selangor mempersoalkan tindakan kepimpinan PKR untuk mencalonkan presidennya Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Reaksi pertama kami adalah ianya dilihat sengaja diada-adakan oleh parti sehinggalah kami mendengar sendiri daripada presiden sementara Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK), Mazli Saring.

Mazli, ahli PKR sejak tahun 1999, mendakwa beliau telah mewakili kira-kira 5000 ahli yang berkongsi sentimen yang sama, telah dipetik sebagai berkata mereka terkejut apabila mengetahui ADUN Kajang itu telah dipilih sebagai calon PKR di Permatang Pauh.

“Kami terkejut dengan pengumuman yang Dr Wan Azizah akan bertanding di kerusi Permatang Pauh dan bukannya calon tempatan dari bahagian Permatang Pauh. Parti ini dalam keadaan yang goyah dengan pelbagai krisis dalaman, dan beliau sepatutnya fokus terhadap tugas beliau sebagai ADUN Kajang dan menyelesaikan isu dalaman parti dan bukannya bertanding di Permatang Pauh.” Bernama memetik beliau sebagai berkata begitu tidak lama selepas beliau mengetuai satu protes di hadapan sebuah universiti di Jalan Permatang Pauh pada Sabtu lepas.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata “Parti ini telah terbahagi dua berikutan Langkah Kajang 2014, dengan sebuah kem menyokong bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan sebuah kem lagi menyokong Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.”

Menurut Mazli, “Dr wan Azizah sepatutnya menjadikan usaha memulihkan PKR sebagai fokus utama sebelum berfikir untuk bertanding di Permatang Pauh.”

Beliau juga mendakwa Wan Azizah gagal untuk membela pengundi-pengundinya di Kajang.

“Sedihnya beliau berada di sini untuk bertanding kerusi Permatang Pauh apabila beliau sepatutnya berada di Kajang untuk menjaga pengundi-pengundinya yang baru sahaja dilanda masalah banjir kilat.”

Beliau juga skeptikal dengan jaminan Azmin bahawa beliau akan menjaga DUN Kajang sepanjang ketiadaan Wan Azizah. Pada Mazli, janji seperti ini tidak kemana. Malah, jika benar sekalipun, Azmin akan menjadi telalu sibuk dengan tugas beliau sebagai Menteri Besar, dengan ditambah lagi tanggungjawab beliau terhadap kawasan yang diwakilinya. Bagaimana beliau mahu mencuri masa untuk menjaga sebuah lagi kawasan DUN?

Kumpulan Mazli ingin menyampaikan isyarat kepada pengundi di Permatang Pauh ‘untuk berfikir dengan teliti’ tentang masa hadapan mereka sebelum memangkah kertas undi. Satu nasihat yang baik untuk semua pengundi di Permatang Pauh apabilan ianya datang dari dalam PKR sendiri. Undi BN.