Tabung Haji Tidak Melabur Seperti Yang diHebahkan Melalui Blog, Kebocoran Dokumen Tersebut adalah Kertas Cadangan & Tidak Boleh Dijadikan Bukti Keputusan Muktamad Pelaburan

Assalammualaikum Tuan/Puan, Tabung Haji tidak melabur seperti yang dihebahkan melalui blog-blog. Kebocoran dokumen tersebut adalah merupakan kertas cadangan dan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.

TH melabur dalam SATU hartanah menara kediaman di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas professional. Hartanah tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.

TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu.

TH telah berkecimpung dalam pelaburan hartanah sejak dahulu lagi dan memiliki beberapa bangunan terutamanya di kawasan Segitiga Emas dan KL Sentral di Lembah Kelang.

https://www.facebook.com/TabungHaji/posts/899465433447989



Syarikat asing beli tanah 1MDB = Salah! Kata jual Malaysia.
Syarikat swasta beli tanah 1MDB = Salah! Kata kroni.
Syarikat GLC beli tanah 1MDB = Salah! Kata bail-out.

Lebih baik tanah TRX itu dikhaskan untuk tanam jagung dan padi saja.

Apabila 1MDB menubuhkan TRX dan Bandar Malaysia, idea utama adalah untuk merancang, membangun dan menjual tanah kepada pelabur strategik untuk mendapatkan semula kos faedah dan membayar balik pinjaman. Bagaimana lagi yang anda patut lakukan jika anda hanya diberikan modal RM1 juta?

1MDB Real Estate Bhd sedang melakukan dengan TEPAT sekali tentang apa yang mereka patut lakukan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1665736836978437&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1