Tidak, Tabung Haji Tidak Membeli 2 Plot Tanah. Ya, Tabung Haji Melabur Dalam Satu Menara Kediaman

TH telah berkecimpung secara aktif dalam pelaburan hartanah dan kini memiliki beberapa bangunan terutamanya di kawasan Segitiga Emas seperti TH Selborn, Platinum Park, KL Sentral dan Menara Wakaf (Bangunan Bank Islam).

Pelaburan ini adalah keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci oleh panel pelaburan dan pengarah.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.

TH Properties Sdn Bhd akan membangunkan projek itu yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.

TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu.

Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan bukan bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.

TH membeli plot kediaman 1.6 ekar di atas ‘arms length basis’ untuk RM188 juta ‘with a guarantee by way of a put option’. Perolehan adalah bersama arahan pembangunan dan infrastruktur dibuat oleh 1MDB.

TH Properties bercadang untuk membangunkannya kepada blok kediaman. Secara tak langsung, ia melindungi kepentingan bumiputera dalam kawasan ini.

Mereka telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan ia adalah projek berdaya maju dengan pulangan setinggi 25%.

Sebagai satu pemain jangka panjang industri pelaburan hartanah, projek ini akan menjadi pembangunan pertama di dalam bandar Kuala Lumpur.

Jika bukan TH, siapa lagi individu atau institusi bumiputera yang boleh membeli plot ini?