Tolong Jangan Susahkan Wan Azizah Lagi!

Untuk rekod, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah berusia 63 tahun.

Pada usia sebegitu, beliau sudahpun mempunyai cucu. Cucunya juga dikerah ke atas pentas ketika kempen Permatang Pauh. Begitulah betapa kuatnya hubungan keluarga antara Wan Azizah dan keluarganya. Tak mengapa kerana kanak-kanak juga perlu tahu perjuangan nenek mereka.

Kak Wan pun mengeluh, jarang dapat jumpa cucu.http://goo.gl/uJaHfn

“Beliau memeluk dan mencium cucunya sambil bergambar sebelum memberitahu penyokongnya, bertemu dengan cucunya adalah satu nikmat lantaran tak dapat menghabiskan masa bersama cucu sejak memulakan kempen untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh.”

Bekerja sebagai wakil rakyat memang penat. Pengundi tak kira masa. Siang malam. Ketika banjir kilat yang tak sudah di Kajang yang diwakilinya, Kak Wan mengakui tak sempat menjenguk. http://goo.gl/Od5Mka

Ini diakui sendiri Kak Wan.

Untuk menjadi wakil rakyat dia dua tempat berbeza amat meletihkan. Kesian Kak Wan.http://goo.gl/4gtwQx

Kalau memandu dari Kajang, ia mengambil masa 4 jam 6 minit jika mengikut kadar jangkaan Google Map. Takkanlah kita nak seksa Kak Wan pada usia sebegitu? Memanglah ada pemandu, tetapi bila dah usia macam tu, tak larat dah nak duduk lama-lama dalam kenderaan. Tanyalah ayah atau ibu kita.

Lagipun, kita tak usahlah berebut dengan orang Kajang yang dah lama merungut tentang Kak Wan yang jarang menjenguk tu. Kita pun perlu simpati pada orang di Kajang. Berlaku adillah kepada orang Kajang. Tak usah tamak. Di Kajang sana pun orang kita juga. Saudara mara kita.

Apatah lagi, sejak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Kak Wan pun dah terasa letih. Perjalangan dari rumah ke kawasan pun tak menang tangan. Badan dah letih. Manakan nak berjuang untuk suami, manakan nak bermanja dengan cucu. Manakan nak pegang jawatan parti lagi. Kesianlah pada dia. http://goo.gl/yvBiRt

Alangkan sejam pun Kak Wan dah tak larat. Di kalangan penyokong rapatnya, beliau sendiri sering merungut, mengeluh banjir tak habis habis di Kajang ni sebabkan dia tiada masa untuk diri sendiri. Jawatan dalam parti pun buatkan Kak Wan bertambah letih. Dengan yang nak rebut kuasa lagi. Yelah, setakat mana kederat seorang wanita. Tak usahlah susahkan Kak Wan lagi.

Berilah peluang kepada Kak Wan berehat. Sampai bila kita hendak seksa Kak Wan dan perah kederat tak seberapa beliau? Tak kesian ke pada dia?

Jika berlaku bencana serentak di Kajang dan Permatang Pauh, macam mana? Kata orang tua, takkan nak dibelah dua Kak Wan? Cukuplah seksa Kak Wan. Tak usahlah tamak nak berebut dengan orang Kajang.

Dahulu pun, sebelum diumumkan pencalonan, orang keliling Kak Wan sudah nasihatkan agar beri peluang kepada orang tempatan untuk bertanding, kerana tak mahu isu seperti di Kajang berulang di Permatang Pauh. Wakil rakyat ghaib. Itu kata orang Permatang Pauh.

Selain faktor usia, mereka fikirkan masa depan PKR di Permatang Pauh. Kak Wan pada mulanya bersetuju untuk beri laluan apatah lagi dengan alasan dirinya sendiri sudah lelah dalam arena politik tetapi pada saat akhir terpaksa mengalah dengan desakan. Semuanya kerana terpaksa.

Kata Kak Wan, biarlah orang lain bertanding dan dia sanggup datang membantu, itu sahaja.

Banjir di Kajang pun Kak Wan jarang ada. Inikan pula kita yang jauh di utara ni. Kita faham, jika diberikan keputusan muktamad, memang Kak Wan tak mahu bertanding di Permatang Pauh.

Keluar mengundi nanti, fikirlah akan kederat Kak Wan. Tanyalah hati kita, sampai bila kita nak perah kederat orang tua ni? Sampai hatikah kita, dengan suami tiada di sisi, kita tamak, kita seksa Kak Wan sampai begini sekali? Berilah peluang Kak Wan berehat. Kita pun ada mak, kita pun ada isteri. Kita sendiri wanita, kita tentu faham hati kecil Kak Wan.

Kesian Kak Wan.

Sumber: http://mynation.com.my/jangan-susahkan-wan-azizah/