TRX Adalah Bakal Menjadi Tapak Pusat Perniagaan & Perlancongan Negara. Ianya Bakal Menjadi ‘HEART OF KL’

Kesian.

TRX adalah bakal menjadi tapak pusat perniagaan & perlancongan negara. Ianya bakal menjadi “Heart of KL”.

TRX menjalankan pelaburan hartanah (real estate investment).
Bila bercakap tentang pelaburan hartanah, ianya melibatkan pembelian dan penjualan hartanah.



TRX diibaratkan tapak semaian. Menyediakan tapak yang kondusif, baja yang cukup, pencahayaan yang baik dan lain-lain agar benih yang ditabur akan tumbuh dengan subur.

Apabila benih ini membesar dengan baik, barulah hasilnya diambil setiap hari (negara berpendapatan tinggi). Dan anak cucu kita juga yang dapat merasainya.

Kita sudah tidak boleh hanya bergantung kepada hasil minyak yang berkurangan disamping pertumbuhan penduduk yang kian bertambah.

Namun, dalam menunggu proses benih ini membesar, sudah pasti ada halangan. Akan datang ‘ulat-ulat’ dan ‘parasit-parasit’ yang akan merosakkan tanaman.

Apabila ianya matang, datang pula ‘monyet-monyet’ yang mahukan TRX dilelong. Kemudian, apabila TRX berjaya menjadikan sebuah negara berpendapatan tinggi, maka ‘ulat-ulat’, ‘parasit-parasit’ dan ‘monyet-monyet’ ini jugalah yang akan meminta-minta pada kerajaan.

Lebih kurang begini bunyinya:

“TRX milik rakyat! Keuntungan adalah wang rakyat! Berikannya pada kami!”

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=465627456937647&set=a.101594550007608.3999.100004711893521&type=1