Wan Azizah Menang Kerana SPR tidak Telus?

Para pemimpin, penyokong termasuk macai pakatan rakyat senyap seribu bahasa; tanpa ada sepatah kata ucapan terima kasih kepada SPR selepas pengumuman kemenangan Wan Azizah di Permatang Pauh semalam.

Beberapa hari sebelum hari pengundian, pelbagai propaganda serta provokasi terlampau dibuat ke atas SPR yang mana sebenarnya menandakan keresahan calon mahupun penyokong PKR.

Bukan setakat itu, huru-hara termasuk pergaduhan pada hari pengundian berpunca dari penyokong PKR turut merosakkan suasana PRK Permatang Pauh.

Rafizi pula sibuk buat persediaan memantau kenderaan awam; kononnya BN ada bawa pengundi hantu dan siap sedia untuk menyalahkan SPR.

Walaubagaimanapun, oleh kerana Wan Azizah menang, maka PKR lega dan lupa dengan persediaan alasan yang mereka wujudkan sebelum ini.

Dengan alasan-alasan persediaan tersebut, alang-alang nampak bodoh, apa kata PKR protes saja keputusan kemenangan Wan Azizah kali ini? Sebabnya SPR ‘tak telus’!

http://www.sematankelawas.com/2015/05/wan-azizah-menang-kerana-spr-tak-telus.html