“You Will See The Ugly Side Of Me” – Amaran Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Kepada Wan Azizah yang Gagal Hadir Dalam Program Hi-Tea Bersama Calon PKR.

Orang kuat DAP Pulau Pinang mengamuk lagi kepada calon PKR untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang dimaksudkan adalah Prof Dr P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP.

Dr P.Ramasamy naik angin kerana Wan Azizah gagal hadir dalam program Hi-tea bersama calon PKR di Kovil Taman Sutera, Seberang Jaya hari ini.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P.Ramasamy bersama-sama beberapa wakil rakyat berkaum India telah awal awal lagi hadir di lokasi majlis sejak jam 5.30 pm. Mereka menanti selama sejam setengah sehinggalah MP Kapar, G.Manimaran tiba untuk mewakili Kak Wan. Ketika itu Ramasamy sedang berucap.

Ramasamy tidak dapat menahan marah apabila beliau dengan lantang berkata kepada Manimaran untuk memberitahu Kak Wan supaya serius menjalankan tanggungjawab beliau sekiranya menang nanti. Jangan hanya singgah sekali sekala ibarat ‘touch and go’. “You will see the ugly side of me,” tambah Ramasamy.

Menurut Ramasamy ini kali kedua Kak Wan gagal hadir dalam majlis yang melibatkan masyarakat India di P.44. Menurut laporan yang saya terima Kak Wan tidak hadir di majlis kebudayaan kaum India yang diadakan di Seberang Jaya malam semalam.

Ramasamy berkata kehadiran Wan Azizah penting untuk memperjuangkan permintaan mereka memindahkan kuil sedia ada ke lokasi baharu.

“Mungkin dia sibuk, seronok kalau dia hadir, kalau dia tidak hadir, mungkin dia ada perkara yang lebih sibuk.

“Cuma, sedikit sedih, biasalah ni, kalau tunggu pemimpin tidak datang, dia rasa macam sedih,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramasamy berjanji kepada komuniti India tersebut untuk membawa perkara itu ke perhatian Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

“Mereka rasa sedikit tidak senang, tidak mengapa, saya akan minta Dr. Afif yang juga Adun Seberang Jaya menyelesaikannya.

“Saya menyokong supaya mencari tempat alternatif untuk kuil hindu ini,” ujarnya.