Ahmad Wrestler : Ketua Audit Negara. Siapa & Apa Peranannya?

Ketua Audit Negara, melalui Jabatan Audit Negara merupakan satu badan yang bertanggungjawab menyediakan laporan audit yang tepat dan berkualiti untuk dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Tugas dan tanggungjawab Ketua Audit Negara sememangnya luas. Antara skop tugas Ketua Audit Negara adalah peruntukkan belanjawan, perbelanjaan belanjawan, pengunaan aset-aset sedia ada dan perolehan aset-aset baru.

Selama beberapa tahun, Jabatan Audit Negara dan Ketua Audit Negara telah muncul sebagai antara jabatan kerajaan yang paling efisien. Mengapa efisien? Setiap tahun, Ketua Audit Negara melalui laporan audit negara tidak pernah gagal menunjukkan lebihan perbelanjaan kerajaan, ketirisan di jabatan-jabatan kerajaan dan perolehan aset-aset pada harga yang tidak masuk akal.

Lebih menarik lagi, pihak pembangkang sentiasa sahaja menjadikan laporan audit negara sebagai modal untuk menghentam kerajaan. Malah, laporan audit negara ini telah dijadikan kayu ukur oleh pembangkan untuk menentukan keberkesanan pentadbiran kerajaan.

Audit untuk 1MDB baru sahaja bermula dan ia pastinya akan memakan masa. Pihak pembangkang perlulah yakin dengan keupayaan Ketua Audit Negara, sebagaimana mereka yakin dengan laporan-laporan audit negara untuk membelasah kerajaan.

Seruan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat 1MDB langsung tidak masuk akal. Siasatan RCI akan mengambil masa yang lebih lama, malah sehingga 5 tahun, Sanggup atau tidak pihak pembangkang menunggu selama itu?

Jika selama ini pihak pembangkang boleh mempercayai laporan audit negara, mengapa memilih untuk tidak mahu mempercayai audit Ketua Audit Negara untuk 1MDB?