Abdul Rahman Dahlan Menafikan Dakwaan Bekas TPM Bahawa Kabinet Hanya Diberi Masa 5 Minit Untuk Meneliti Fact Sheet 1MDB, Semua Menteri Boleh Bawa Balik Fact Sheet Tersebut

Pengarah Komunikasi Strategik, Dato Abdul Rahman Dahlan menafikan dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bahawa kabinet hanya diberi masa lima minit untuk menelitinya.

Dalam mesej Whatsappnya Rahman menulis,

“Pembetulan fakta. Buku ‘fact sheet’ yang disebut oleh TSMY dalam video diatas tidak diambil semula.”

“Semua menteri boleh bawa balik factsheet tersebut. Buku factsheet tersebut mengandungi banyak data mengenai isu-isu panas 1MDB.”

“Bersama buku factsheet itu jugak dilampirkan satu surat dari Menteri Kewangan 2 yang meminta ahli jemaah menteri yang masih mahukan penjelasan yang lanjut supaya mereka menulis pertanyaan itu dalam satu format yang disediakan dan hantar kepada beliau. #FactCheck

Pagi tadi Muhyiddin dalan sidang akhbar pertamanya selepas pengguguran dari kabinet menyatakan jemaah menteri hanya diberi masa lima minit melihat dokumen 1MDB.