Adakah Clare Rewcastle Brown Bersedia Untuk Datang Ke Malaysia Untuk Disoal Siasat Seperti Lester Melanyi?

Adalah ‘scum’ asing lebih baik daripada ‘scum’ tempatan?

Uncle Lim Kit Siang mengatakan bahawa Lester Melanyi adalah “scum of the earth” kerana menurut beliau, Lester tidak mempunyai kredibiliti.

Walau bagaimanapun, Clare Brown dan Sarawak Report telah berbohong beberapa kali sebelum ini termasuk memalsukan bukti, cerita 40 ribu Bangla dan pada amnya membuat dakwaan yang sekian-sekian orang di bawah penyiasatan SPRM apabila ianya tidak benar.

Clare Brown juga bersalah kerana berurusan dengan data curi dan menurut Polis Thai, dokumen data curi ini juga diubahsuai.

Dia menggelar Singapura sebagai ‘Sin City’ dan Thailand sebagai korup serta kerajaan Switzerland sebagai tidak cekap.

Dan dia kini telah mengakui bahawa dia mempunyai ratusan surat-menyurat e-mel dengan Lester, mengakui beliau pernah bekerja untuk Radio Free Sarawak dan dia telah membayar kepadanya “beberapa dolar” untuk membantu menulis untuknya.

Dia juga adalah seorang warganegara British yang pekerjaannya memburuk-burukkan dan mencemar nama Malaysia.

Clare Brown juga tidak berpangkalan di Malaysia dan Sarawak Report juga tidak dilesenkan atau bahkan berpangkalan di sini. Jadi, di manakah akauntabiliti?

Tun M marah dengan “penasihat” British dan kita juga perlu bimbang tentang orang-orang British yang campur tangan dalam politik domestik kerana mereka pasti mempunyai agenda mereka sendiri.

Sekurang-kurangnya Lester Melanyi sanggup pergi ke balai untuk disoal siasat oleh pihak polis kita. Adalah Clare Brown bersedia untuk datang ke Malaysia dan melakukan perkara yang sama?

Jadi, mengapa Uncle Lim Kit Siang dan DAP mengatakan bahawa ‘sampah’ tempatan adalah lebih buruk daripada ‘sampah’ asing dan ‘sampah’ asing seperti Clare Brown dan Sarawak Report boleh dipercayai tetapi ‘sampah’ tempatan tidak perlu disiasat atau diberikan perhatian?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1697791033773017