Adakah Ho Kay Tat Akan Menulis Pengakuan Dan Menyerahkan Dokumen Curi Kepada Pihak Berkuasa Jika Justo Tidak Ditangkap & Mendedahkannya

Kami menyerah. (tentunya, bukan saya)

Selepas Ketua Polis Thailand berkata 10 individu berurusan dengan Xavier Justo dalam penjualan maklumat dicuri, penerbit akhbar The Edge mungkin hilang ‘keberanian’ dan hari ini mengaku berjumpa dengan Justo dan memperolehi data yang dicuri daripada lelaki itu.

Ho Kay Tat, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan The Edge Media, mendakwa mereka mempunyai dua pilihan:

1) Melupakan perkata itu dan tidak mengendahkannya

2) Mendapatkan kesemua maklumat supaya ‘kebenaran’ boleh dibongkar. Kami membuat keputusan, kami perlu memburu kebenaran.

Sebenarnya, mereka mempunyai pilihan ketiga. Mengumumkan kepada dunia, mereka memiliki data itu dan secara rasmi menyerahkannya kepada pihak berkuasa akan data yang dicuri itu dan memberi kenyataan.

Kay Tat akhirnya melakukan pilihan ketiga itu pada Isnin lalu, “Kami menyerahkan dokumen, emel dan cakera keras kepada Bank Negara. Hari ini bukti yang sama diberikan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia.” Beliau juga memberi kenyataan kepada polis.

Jika ia mudah dilakukan, mengapa beliau tidak melakukan ia sebelum ini tetapi melakukan jenayah dengan menyimpan harta dicuri dan menerbitkannya selama beberapa bulan?

Ketika ini, polis Thailand sudah pun menyatakan data sudah diubahsuai dalam jumlah kecil tetapi penting selepas ia diserahkan Justo dan dijangka akan mendedahkan siapakah 10 individu yang berurusan dengannya yang berkemungkinan turut menyenaraikan penerbit The Edge itu, barulah mereka mengaku.

Selain itu, Kay Tat turut menyebut: “Sebahagian maklumat digunakan dalam artikel yang kami terbitkan dalam tempoh beberapa bulan lalu. Sebahagiannya terlalu sensitif untuk digunakan.”

Saya tidak percaya The Edge akan menemui maklumat yang terlalu sensitif untuk digunakan bagi penerbitan. Bolehkah mereka apakah maklumat itu? Adakah ia melibatkan keluarga Diraja Arab Saudi dan pejabat Raja Arab Saudi?

Dan mengapa hanya mendedahkan sebahagian kecil daripada tiga juta emel yang didakwa diperolehi?

Berikutan tindakan The Edge ini, saya membuat kesimpulan, The Edge Media dan Kay Tat dipercayai melakukan jenayah berikut:

1. Berurusan dengan data dicuri (sudah disahkan)

2. Membeli data dicuri (kemungkinan besar)

3. Memanipulasi data (berkemungkinan)

4. Pengubahan wang haram di Singapura (berkemungkinan besar)

5. Tidak melaporkan kepada pihak berkuasa atau menyimpan maklumat mengenai kemungkinan laku jenayah (mungkin)

6. Konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan (berkemungkinan)

7. Khianat ekonomi

8. Menyalahi akta cetak dan penerbitan

Sangat baik The Edge akhirnya membuat pengakuan memiliki dan berurusan dengan data dicuri ini.

Jika kita mengambil kira kenyataan polis Thailand yang The Edge adalah satu pihak daripada 10 yang berurusan dengan Justo, pihak berkuasa Thailand juga mempunyai kredibiliti mendakwa maklumat daripada Justo sudah diubahsuai selepas diserahkan lelaki itu.

The Edge adalah penerbit berlesen dan mereka tidak sepatut melakukannya, terutama jika maklumat sudah diubahsuai atau ceritanya sudah terkeluar daripada rentetan sebenar dan konteks sebenar.

Maka, cerita yang diterbitkan itu tidak memberi gambaran sebenar atau sepenuhnya, apatah lagi pihak juruaudit, kedua-duanya tempatan dan antarabangsa serta Ketua Audit Negara tidak menemui sebarang maklumat mengenai kehilangan wang.

Saya sendiri boleh menunjukkan banyak kesilapan dalam cerita diterbitikan, yang saya percaya, ditokok tambah untuk digambarkan pada sudut dikehendaki, sebagai sebahagian daripada konspirasi politik dan serangan politik.

Bagaimana sudut pun yang anda lihat, Kay Tat dan The Edge sudah melakukan pelbagai jenayah.

Persoalan ketika ini ialah, siapa lagi yang terlibat dan di negara mana individu terbabit akan didakwa.

Persoalan juga adalah, apa dan bagaimana The Edge mengolah cerita diterbitkan dan berapa banyak bercanggah daripada fakta sebenar.

Kita nantikan episod seterusnya, tetapi mereka perlu tahu, tindakan mereka ini dengan tidak melakukan apa yang benar iaitu memilih pilihan ketiga (menyerahkan kepada pihak berkuasa), menyebabkan Malaysia terpaksa menderita untuk keseluruhan tahun ini, yang langsung tidak boleh diterima.

Saya rasa mereka tentu tidak menyangka Justo akan ditangkap di Thailand.

Adakah mereka akan menulis pengakuan itu dan menyerahkan data kepada pihak berkuasa jika Justo tidak ditangkap dan mendedahkannya?

Saya rasa tidak.

Saya jangkakan, The Edge dan berkemungkinan Malaysian Insider akan ditutup oleh Kementerian Dalam Negeri.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1698570060361781