Golongan Yang Mahu Kerajaan Tegas Terhadap Sarawak Report Kini Menjadi Penyokong Terbesar?

Satu soalan yang tidak pernah dijawab ialah siapa yang membiayai Bruno Manser Foundation dan Sarawak Report?

Mereka seolah-olah mempunyai banyak wang untuk menjalankan stesen radio, portal berita dan berjalan ke seluruh dunia dengan sewenang-wenangnya.

Lester Melanyi telah mendakwa dalam video pengakuan bahawa dia bekerja di Radio Free Sarawak (yang merupakan sebahagian daripada Sarawak Report) pada tahun 2011 dan yang Bruno Manser Foundation adalah pihak yang membiayai Sarawak Report dan Radio Free Sarawak Report. http://www.therakyatpost.com/news/2015/07/16/former-sarawak-report-editor-tells-all-on-1mdb-report-fabrication-in-a-first-part-video/

Demi kepentingan ketelusan dan transparensi (yang orang-orang ini selalu sebutkan) boleh kita mengetahui siapa yang sebenarnya membiayai Bruno Manser Foundation dan Sarawak Report?

Saya berharap ia juga tidak dibiayai oleh National Endowment for Democracy dan / atau kepentingan George Soros – seperti yang dinyatakan oleh laman web Global Research.http://www.globalresearch.ca/foreign-ngos-and-malaysias-logging-scandal/5304571?print=1

Bolehkah Bruno Manser Foundation dan Sarawak Report menerbitkan akaun mereka dan menunjukkan senarai penderma mereka?

Mari kita bermain secara adil.

Saya harap Tun M dan penyokongnya tahu siapa sebenarnya yang mereka sokong atau bantu.

Saya dapati ia sangat lucu apabila ramai Pro-Tun begitu marah Sarawak Report disekat.

Orang putih England Clare Brown itu hang punya makcik ke?

Golongan ini adalah mungkin golongan yang sama, yang pada masa lalu, telah menggesa Kerajaan untuk bertindak tegas dan menyekat laman seperti MalaysiaKini, TMI dan Sarawak Report kerana kaitan dengan kerajaan asing dan pembiayaan Soros.

Dan p. Sangat ‘lalang’ mereka ini.

Sila berjaga-jaga dan sedar tentang siapa yang anda sokong.

Bukankah Polis Thailand sudah berkata dokumen-dokumen dalam Sarawak Report ada kepalsuan dan motif mereka ialah untuk memburukkan dan menjatuhkan Kerajaan?

Jika ke tahap begini, kerajaan masih tidak patut atau tidak berhak menyekat laman mereka kah?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1698145787070875&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1