Jelaskan Mengapa Peguam Negara Yang Baru Tidak Akan Melaksanakan Tugasan Yang Lebih Baik Berbanding Gani Patail Dan Adakah Para Pentaksub Sekarang Mempersoalkan Integriti Tan Sri Apandi

Pertukaran Peguam Negara merupakan berita terbaik yang saya dengar setakat ini. Saya sudah lama mahu beliau dipecat kerana ketidakcekapan beliau dan kurangnya tindakan yang diambil oleh beliau. Ditambah pula dengan masalah kesihatan dan ketidakpatuhan (Atau penderhakaan dan pengkhianatan) terhadap alasan pemecatan beliau. Tambah menyenangkan, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menggantikan beliau:

“Apandi pada Oktober 2013 memainkan peranan penting dalam kes gereja Katolik memperjuangkan hak menggunakan kalimah Allah dalam mingguan Herald. Beliau yang ketika itu hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Putrajaya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan larangan kerajaan ke atas Herald untuk menggunakan kalimah Allah adalah tidak sah. Katanya, tujuan larangan itu adalah bagi mengelak kekeliruan di antara agama, menyatakan keselamatan negara dan ketenteraman awam boleh diancam jika penerbit Herald menggunakan kalimah Allah. Apandi berpendapat kerajaan tidak menyalahi hak gereja itu di bawah perlembagaan kerana nama “Allah” bukan sebahagian penting dalam kepercayaan dan amalan penganut Kristian.” — TMI 28/7/2015

Zombie, Pentaksub dan Peroyan bukan sahaja meroyan berkenaan dengan pemberhentian Gani, tetapi mereka juga mesti menjelaskan mengapa Peguam Negara yang baru tidak akan melaksanakan tugasan yang lebih baik berbanding dengan Gani di dalam siasatan kes 1DMB dan juga kes-kes lain (Kita tidak mendengar sebarang perkembangan mengenai kes Lahad Datu dan si kafir harbi Eric Paulsen). Adakah para pentaksub sekarang mempersoalkan integriti Tan Sri Apandi? Sila jelaskan dan berhenti menjadi tin kosong.

FMT telah melaporkan: “Pemberhentian Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara (AG) mungkin telah menyalahi perlembagaan, kata DAP”. Jika DAP menentang penamatan khidmat itu, semakin meyakinkan tindakan yang diambil oleh Najib sememangnya sangat tepat.

Walau apa pun, saya sangat bersimpati dengan Tan Sri Gani kerana keadaan kesihatan beliau yang sangat serius. Saya mendapat tahu beliau mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu. Syafakallah.

Syabas PM. Teruskan memimpin negara. Perjuangan belum selesai.

Oleh Azmi Arshad,
https://www.facebook.com/azmi929/posts/831824626938342?fref=nf