Jika Anda Telah Mempercayai Utusan Kegelapan Kehancuran Ini Selama 3 Tahun Yang Lalu, Anda Mungkin Akan Menjual Saham, Menunda Pelaburan & Menangguhkan Perkembangan Perniagaan Anda

Bagaiman pembangkang boleh melulu untuk membuat tuduhan liar yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi?

Pertimbangkan ini.

Beberapa tahun yang lalu, sebelum pilihan raya umum 2013, Tony Pua telah menulis beberapa artikel dalam blognya mengenai bahaya yang ditimbulkan kepada ekonomi dan pembayar cukai oleh empayar perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary itu.

Beliau telah menulis dalam blognya pada 23 Jun 2012 yang hutang empayar perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar berjumlah RM34.3 bilion ini boleh “benar-benar menyebabkan kebimbangan ‘bailout’ wang pembayar cukai”.

Beliau berkata kebimbangan ini adalah “nyata terutama dalam kelembapan ekonomi global dan kesan sampingan daripada krisis kewangan zon Euro”. Beliau memberi amaran kepada kerajaan bahawa “sekiranya berlaku kegagalan, wang rakyat tidak akan diguna untuk membayar kebodohan kroni BN”.

Tony tidak hanya menulis artikel dalam blognya tetapi dia juga bercakap mengenainya dengan bersemangat di Parlimen dan mencanang tentang itu dalam ceramah beliau. Sudah tentu jentera DAP bertungkus-lumus menyebarkan mesej ini dengan luas.

Agak jelas bahawa pembawa-berita-buruk-lantikan-sendiri ini mahu orang ramai untuk percaya bahawa hutang Tan Sri Syed Mokhtar akan menyebabkan risiko sistemik kepada sistem kewangan dan mungkin membawa kepada keruntuhan ekonomi. Dia mahu memberikan gambaran suram ekonomi untuk membuat rakyat Malaysia gelisah.

Terdapat ramai orang yang meminta Tony menjadi rasional dengan tuduhan liar beliau yang mungkin menjejaskan kestabilan ekonomi. Malangnya ‘utusan’ ini mempunyai masalah pendengaran.

Itu pada tahun 2012, hanya beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum Mei 2013.

Sekarang adalah 2015.

Selepas tiga tahun, ekonomi menjadi lebih baik. Sistem perbankan bukan sahaja sihat dan utuh tetapi kuat. Empayar perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar tidak runtuh kerana hutang dan wang rakyat tidak digunakan untuk bailout mereka. Semua ini di sebalik apa yang Tony Pua seronok ramalkan.

Jika anda telah mempercayai ‘utusan’ kegelapan dan kehancuran ini tiga tahun yang lalu, anda mungkin akan menjual saham anda, menunda pelaburan anda dan menangguhkan perkembangan perniagaan anda. Semua yang akan menyebabkan anda kehilangan keuntungan yang berpotensi dan melucutkan rakyat Malaysia biasa dari peluang pekerjaan dan peluang ekonomi. Malah saya tidak akan terkejut jika ada di antara kamu telah membuat keputusan untuk berkemas dan membawa keluarga anda berhijrah ke negara lain daripada negara “dahsyat” ini.

Tetapi mungkin akan mengejutkan anda bahawa ini bukan matlamat utama ‘utusan’ kegelapan dan kehancuran ini.

Apakah objektif utama itu?

Objektif utamanya sudah tentu untuk membuat anda akhirnya menghina dan marah kerajaan. Mudah-mudahan pada masa pilihan raya umum 2013 datang, anda akan cukup marah untuk mengundi menentang BN walaupun ia bermakna menyebarkan kegelisahan yang boleh menjejaskan ekonomi. ‘Utusan’ kegelapan dan kehancuran ini hampir berjaya.

Dahulunya Tan Sri Syed Mokhtar, kini ia giliran 1MDB. Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya ingat peribahasa ini “once bitten, twice shy”. Lihatlah!

Oleh Dato’ Abdul Rahman Dahlan,
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/699020320229581?fref=nf