“Jika Saya Dilantik Sebagai PM Sekali Lagi Satu Perkara Saya Akan Lakukan Adalah Menapis Internet” – Tun Mahathir – 26 Mac 2014

Nampaknya golongan Pro-Mahathir sangat gembira hari ini apabila kerajaan Najib akhirnya mengikut sekurang-kurangnya, sebahagian daripada nasihat beliau.

Syabas Tun M dan syabas PM Najib!

“Dr Mahathir kesal kebebasan internet” – http://bit.ly/1RIxhNo

18 Jun 2013, Tun M berkata:

  • Mengakui dia mungkin telah membuat kesilapan dalam memberi jaminan untuk kebebasan internet.
  • Dia akan mempertimbangkan semula untuk memberikan kebebasan internet mutlak apabila menetapkan MSC pada tahun 1996 dahulu.
  • “Apabila diberi kebebasan, kita fikir tidak banyak akan berubah tetapi apabila anda memberikan mereka kebebasan, mereka biasanya akan menyalahgunakannya.”

“Internet akan ditapis jika saya PM lagi, kata Dr Mahathir.” – http://bit.ly/SvGuMp

Pada 26 Mac 2014, Tun M berkata:

  • “Jika saya dilantik sebagai PM sekali lagi, 1 perkara saya akan lakukan adalah menapis internet.”
  • “Masanya telah tiba untuk kita menapis internet.”
  • “Walaupun saya memberi kata-kata saya kepada penasihat MSC semasa saya menjadi PM, saya tidak memberi jaminan internet tidak akan ditapis.”
  • “Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang boleh datang dari internet.”
  • “Jika negara kita digambarkan sebagai tidak moden, tidak demokratik, so be it. Ini adalah negara kita, kita mempunyai hak untuk menegakkan keselamatan dalam negara.”


“INI NEGARA KITA, KITA MEMPUNYAI HAK UNTUK MENEGAKKAN KESELAMATAN DALAM NEGARA,” – Tun Dr Mahathir, 26 Mac 2014.

Selain menyekat Sarawak Report sejak polis Thailand mengesahkan beberapa hari lepas bahawa dokumen-dokumen dalam laman web ini telah diubah walaupun kecil tetapi penting dan signifikan untuk menggulingkan kerajaan, SKMM juga menyekat beribu-ribu laman lucah, laman ‘filesharing’ cetak rompak dan laman rekrut dan propaganda Islamic State (IS).

Adakah anda mempunyai masalah mengharamkan semua itu juga – atas nama “kebebasan internet”?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1698159140402873&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1