Langkah Terdesak & Terakhir The Edge Untuk Raih Simpati: Dakwaan Covering The Hole Ternyata Bohong Apabila Urusniaga Dengan Jelas Dinyatakan Dalam Penyata Kewangan Beraudit IPIC

Di bawah tekanan berat setelah Polis Thailand mengesahkan bahawa terdapat satu penerbitan media yang terlibat dan bahawa dokumen-dokumen yang disiarkan dalam media telah diubah secara “kecil tetapi penting” yang mengubah pengertian dokumen (http://bit.ly/1MeSNoy).

Pagi ini, The Edge Financial Daily milik Tong Kooi Ong (dikhabarkan sebagai proksi Anwar) telah membuang dadu terakhir mereka dan sekali lagi mengulangi dakwaan mereka dan berkata “Bagaimana sekumpulan individu – Rakyat Malaysia dan warga asing – merancang penipuan berbilion ringgit terhadap rakyat Malaysia.”

Salah satu penipu asing yang dinamakan oleh The Edge ialah IPIC (International Petroleum Investment Company). The Edge menuduh transaksi 1MDB dan pilihan pembayaran tidak dinyatakan dalam laporan kewangan tahunan FY2014 IPIC.

Sekarang, ingat bahawa IPIC adalah 100% dana negara milik kerajaan Abu Dhabi dan mempunyai USD66 bilion nilai aset.

Pada dasarnya, apa yang The Edge tuduh adalah bahawa kerajaan Abu Dhabi membantu kerajaan Malaysia menipu rakyat Malaysia.

Ini adalah penyata kewangan IPIC sendiri:
http://www.ipic.ae/media/125475/31-dec-2014-consolidated-financial-statements.pdf


Screenshot di atas menunjukkan semua transaksi berkaitan 1MDB, Aabar dan pilihan yang perlu dinyatakan dengan JELAS dalam laporan kewangan mereka yang diaudit oleh salah sebuah firma audit terbesar dunia, Ernst & Young.

Ini termasuk semua urus niaga yang, dalam erti kata The Edge, yang “covering the hole” atau cuba disembunyikan.

Usaha terakhir The Edge dalam keadaan terdesak ialah membuat “serkap jarang” dengan menuduh semua pihak dari ahli keluarga Diraja Arab, KPMG, Deloitte, Ernst & Young dan kerajaan Abu Dhabi bersubahat dengan Kerajaan Malaysia untuk menipu rakyat Malaysia.

Bahagian “covering the hole” ini adalah penting kerana ia adalah langkah terakhir untuk membuktikan samada wang hilang atau tidak dalam keseluruhan urus niaga. Dalam bahagian akhir ini, The Edge pada dasarnya berkata urusniaga ini tidak didedahkan IPIC dalam Penyata Kewangan mereka – Walau bagaimanapun hakikatnya, IA MEMANG DIDEDAHKAN.

Apa yang The Edge istilahkan sebagai “covering the hole” nampaknya dinyatakan di dalam penyata kewangan IPIC yang diaudit dan dipaparkan kepada awam dan transaksi kewangan yang sah seperti penyata kewangan IPIC sendiri.

Seperti yang anda lihat daripada “Nota daripada penerbit” mereka, ini kelihatan seperti gerakan terdesak terakhir oleh The Edge kerana mereka kini mungkin terlibat dalam pengubahan wang haram yang berkaitan dengan pembayaran kepada Justo, memiliki dokumen dicuri dan diubahsuai serta konspirasi untuk memfitnah dan menjatuhkan kerajaan Malaysia dan menjejaskan ekonomi kita.

Saya rasa The Edge dan penerbit mereka tahu pengakhiran mereka telah hampir, dan mereka telah menggunakan satu gerakan terdesak terakhir ini untuk membuat kerosakan sebanyak mungkin kepada kerajaan kita dan ekonomi Malaysia – pada dasarnya, apa yang digelar “last kopek”.

Mereka tahu bahawa hanya menunggu masa sebelum pelbagai pihak berkuasa dari tiga negara tidak lama lagi mungkin mencari mereka – yang mengapa The Edge telah menulis “which is possibly the last on this subject”.

Good luck Encik Tong, Encik Ho, The Edge dan orang lain yang dikenal pasti oleh Polis Thailand sebagai sebahagian daripada siasatan mereka di dalam skandal “Justo-gate”.

Bukannya kita tidak tahu selama bertahun-tahun bahawa Tong adalah proksi Anwar dan bahawa Anwar dibiayai dan mempunyai kaitan dengan NED yang agenda tersembunyinya sentiasa untuk menggulingkan kerajaan kita.

Orang-orang pro-Tun menyokong Sarawak Report dan The Edge juga secara tidak langsung menyokong CIA dan NED untuk menjatuhkan Kerajaan kita – Saya harap mereka sedar ini.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.com/2015/07/the-final-kopek-of-tong-and-edge.html