Lim Kit Siang Ahli Silap Mata Yang Terdesak! Hanya Sampah Mengenali Sampah Yang Lain

Lim Kit Siang adalah seorang ahli silap mata yang terdesak. Ahli silap mata adalah pakar muslihat.

Itulah sebabnya dalam dia tergesa-gesa untuk bertindak balas terhadap video pengakuan yang mengejutkan, Kit Siang mencuba keras untuk memburuk-burukkan karektor Lester Melanyi.

Kit Siang sepatutnya menerima pengakuan dan seterusnya meminta polis untuk melakukan siasatan, malangnya Kit Siang memilih untuk tidak menghiraukannya sebaliknya mencerca dan memburukkan pengutus mesej itu.

Mungkin Kit Siang yang berusia 74 tahun itu mempunyai ingatan lemah, biar saya iring beliau melalui peristiwa-peristiwa yang membawa kepada sidang akhbar yang saya baru-baru ini.

Apabila seorang rakyat Malaysia prihatin membuat laporan polis mengenai pengakuan video, saya diberi peluang oleh pengadu untuk menonton video itu. Mungkin kerana saya seorang menteri kerajaan, pengadu ingin berkongsi dengan saya plot dalam diam untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Apa yang saya tonton adalah benar-benar mengejutkan. Seorang lelaki, yang sekarang dikenali sebagai Lester Melanyi dan mendakwa menjadi rakan sekerja Claire Brown di Sarawak Report, membuat dakwaan serius terhadap Claire dan beberapa individu dalam parti pembangkang untuk “criminalize Dato Sri Najib Razak and 1MDB”.

Menurut Lester, ini melibatkan Sarawak Report memalsukan dokumen dan mengambil arahan daripada beberapa pemimpin pembangkang Malaysia. Tidak menyisihkan kata-katanya, beliau juga menamakan individu yang terlibat!

Dakwaan Lester amat serius. Mengetahui rakyat Malaysia amat prihatin terhadap dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap Perdana Menteri, saya membuat keputusan untuk pergi ke hadapan dan secara terbuka meminta polis untuk menyiasat.

Jika ia sememangnya benar bahawa individu-individu ini berpakat dengan Claire Brown dan Sarawak Report untuk menjatuhkan kerajaan secara haram melalui fakta palsu, pihak polis mesti campur tangan serta-merta!

Ini jelas membuat Lim Kit Siang dan kepimpinan DAP gelisah. Kit Siang, dalam keadaan terdesak beliau, telah menggelar Lester “scum of the earthi”.

Secara peribadi saya tidak mengenali Melanyi, tetapi apabila digelar sebagai ‘sampah’ mungkin sebab itu Brown memilih untuk mengambil dia (Melanyi) bekerja khusus untuk memburukkan pemimpin Sarawak bertahun-tahun dan sekarang Perdana Menteri. Lagipun, ia memerlukan ‘sampah’ untuk mengenali ‘sampah’ lain.

Sementara Brown dan Sarawak Report berterusan menjadi ‘sampah’, Melanyi mengambil keputusan untuk tarik diri, dia tidak mahu terus untuk memfitnah Perdana Menteri. `Sampah dunia’ inilah yang akhirnya telah menemui jalan tuhan dan kembali ke pangkal jalan.

Bukan mudah untuk melakukan pengakuan video dan mengaitkan nama-nama yang besar. Ia memerlukan keberanian walaupun untuk seorang ‘sampah’. Ramai orang suka melemparkan tuduhan tetapi tidak suka menyebut nama. Tidak bagi Lester. Dia berani untuk menamakan mereka secara terbuka!

Saya pasti Lester tahu bahawa dia akan tertakluk kepada kecaman awam dan penyiasatan polis menyeluruh dengan melakukan pengakuan video. Dia tahu dia mempertaruhkan saman fitnah oleh mereka yang dinamakan. Namun dia melakukannya juga! Mengapa? Mungkinkah kerana Lester mempunyai maklumat lebih banyak yang dia masih belum dedahkan? Kita akan tunggu dan lihat.

Keberanian Lester untuk menamakan individu adalah sebab mengapa saya menegaskan dalam sidang akhbar bahawa polis dan INTERPOL perlu segera campur tangan untuk menyiasat dan mengesahkan sama ada tuduhan berat Lester itu memang benar atau tidak.

Saya gembira untuk menyatakan bahawa pihak polis telah memulakan siasatan terhadap dakwaan mengejutkan Lester. Saya difahamkan bahawa pengadu yang membuat laporan polis dan juga Lester bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis. Terima kasih PDRM. Biarkan kebenaran mengatasi segalanya.

Sementara itu, saya lihat seolah-olah Kit Siang agak terburu-buru. Tetapi sekali lagi, kita semua tahu hanya ahli silap mata tua dan berpengalaman yang lakukannya dengan baik.

Oleh Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.
https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/697306800400933?fref=nf