Sarawak Report Tampil Pula Dengan Satu Lagi Imaginasi Mereka Kononnya Waran Tangkap Untuk Perdana Menteri

Blog wanita British yang sebelum ini dikesan memaparkan dokumen diubasuai – Sarawak Report, hari ini tampil pula dengan satu lagi imaginasi mereka, kononnya waran tangkap untuk Perdana Menteri.

Apa yang dikesan membuktikan Sarawak Report sangat terdesak sehingga memperbodohkan diri ialah :

1. Ini bukan waran tangkap. Ini adalah kertas pertuduhan.

2. Bagaimana kertas pertuduhan kononnya didraf walhal tidak pernah kedengaran Perdana Menteri disoalsiasat mahupun mana-mana individu termasuk pegawai AmBank dipanggil untuk memberi keterangan?

3. Pejabat Timbalan Pendakwaraya tidak akan mendraf kertas pertuduhan tanpa Pegawai Penyiasat kemukakan Investigation Diary (ID) kepada mereka. Itu bermakna siasatan sudah lengkap untuk buat pertuduhan di mahkamah.

4. Tidak perlu kita sentuh mengenai pelbagai kesalahan ejaan termasuk nama Perdana Menteri.

5. Jika Nik Faisal itu masih bebas, kenapa kita tak pernah dengar mana-mana pihak berkuasa keluarkan notis dikehendaki di media?

6. Kenapa perlu waran tangkap walhal Perdana Menteri hampir setiap hari dipaparkan di media di mana beliau berada. Waran tangkap lazimnya dikeluarkan jika anda tidak hadir di mahkamah tanpa alasan.