Semua Tuduhan oleh Clare Rewcastle Brown Dalam Sarawak Report Adalah Palsu Kertas Pertuduhan Yang Dikemukan Tidak Wujud Mahupun Sampai Ke Jabatan Peguam Negara

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA.

30 Julai 2015.

1. Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.

2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami.

3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai.

4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.

5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang-undang akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah.

Tan Sri Mohamed Apandi Bin Ali,
Peguam Negara Malaysia.