Xavier Justo Bertemu Individu Penting Pakatan Pembangkang Malaysia

Sidang Akhbar Polis Thai semalam mengesahkan dokumen-dokumen PetroSaudi dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diterbitkan oleh Sarawak Report telah diubahsuai (tampered) bagi tujuan memburukkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“The website tampered with the data to discredit the PM,’ kata jurucakap Polis Thailand, Leftenal Jeneral Prawuth

Sungguhpun enggan menyebut nama Sarawak Report atau pengendalinya, namun beliau mengesahkan laporan laman terbabit mengenai dokumen yang dibekalkan oleh Justo sudah diubah untuk memburukkan Perdana Menteri Malaysia.

“She has a news blog,” he added.

Asked if the blog was the Sarawak Report website, he said: “Maybe. I didn’t name it, you named it.”

He said the website “Usually gives bad news about Malaysia”.

Undang-undang Thailand melarang menamakan mana-mana individu selagi tidak dikeluarkan waran tangkap.

Menurut beliau lagi Justo memberi kerjasama penuh termasuk memberi butiran dokumen yang dijual dan salinan perbualan dalam whatsapp dengan kumpulan terbabit.

“He has confessed everything. He has given us very good cooperation… every document, even from inside his phone,” kata beliau kepada The Straits Times Singapura.

Dia (Justo) bertemu dengan individu penting dari sebuah negara di Singapura. Dia kemudian berunding harga untuk menjual dokumen berkaitan PetroSaudi sebelum menjualnya,” katanya.

Prawut kemudian mengesahkan individu itu adalah seorang daripada parti pembangkang di Malaysia. Beliau juga berkata Justo mengaku bertemu seorang jutawan media di lokasi sama di Singapura, namun enggan menamakan jutawan media itu.

Beliau berkata, rekod imigresen dan hotel yang dikumpul Polis Thailand menyokong pengakuan Justo berhubung pertemuan itu.

Katanya, Justo juga mengaku memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International dan akan didakwa di bawah undang-undang Thailand bagi kesalahan peras ugut.

Bagaimanapun, katanya, Justo menafikan dia mengubah kandung dokumen yang dijual kepada sebuah organisasi berita di Eropah.

“Dia tidak mengubah dokumen itu dan menghantar dokumen asal (kepada pembeli) dalam bentuk salinan digital,” katanya.

Justo ditahan oleh Polis Thailand sejak akhir bulan lalu selepas didakwa mencuri beribu e-mel dan dokumen daripada PetroSaudi, selain cubaan memeras ugut bekas majikannya. Dia memasuki Thailand selepas ditamatkan perkhidmatan oleh bekas majikannya itu.

Polis Thailand kini sedang menyiasat bagaimana, selepas keluar daripada syarikat itu, Justo melakukan ugutan menuntut RM9.9 juta (2.5 juta Swiss francs). PetroSaudi bagaimanapun tidak melayan tuntutannya.

Pada Februari lalu, e-mel dan dokumen yang sudah diubah suai dimuat naik dalam Sarawak Report, yang mencetuskan isu politik membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pemimpin Malaysia.