10 Fakta 1MDB Yang Mereka Tidak Mahu Anda Tahu

1. Walau sekalipun 1MDB lingkup sepertimana yang didakwa oleh Zombies dan Tun Mahathir, jumlah maksima yang rakyat Malaysia perlu tanggung adalah tidak melebihi RM5.8 billion di dalam bentuk jaminan yang diberi oleh Kementerian Kewangan campur RM1 juta modal berbayar. Ianya jauh kurang dari RM42 billion yang didakwa.

2. Hutang semasa 1MDB ialah RM38 billion dan bukannya RM42 billion setelah pembayaran balik pinjaman berjumlah US$975 juta kepada sebuah konsortium bank-bank yang diketuai oleh Deutsche Bank lebih awal dari tempoh matang.

3. Hutang semasa ini akan berkurangan sebanyak RM12 billion lagi apabila 1MDB menukar aset-aset kewangannya kepada bentuk wang di dalam masa empat hingga enam bulan. Ini akan menjadikan baki hutang 1MDB turun ke paras RM26 hingga RM27 billion.

4. Anak syarikat tenaga kepunyaan 1MDB, EDRA telah menerima tawaran-tawaran berjumlah lebih RM20 billion daripada pihak-pihak asing yang berminat dari negara China, Arab Saudi, Thailand dan Qatar untuk aset-aset IPPnya dan tawaran di antara RM14 hingga RM16 billion dari pihak tempatan yang berminat.

5. Selain TNB, kesemua pihak tempatan yang berminat terhadap aset-aset IPP tersebut dan telah memajukan bidaan mereka yang di bawah harga pasaran adalah kroni-kroni Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengambil kesempatan kemarahan sekeliling terhadap 1MDB untuk membeli aset-aset tersebut dengan harga yang murah. (Adakah Mahathir terlibat memainkan peranan dalam hal ini?). Namun sudah tentu mereka akan berteriak mengecam penjualan EDRA kepada pihak asing sekiranya aset-aset tersebut dijual kepada pihak asing, dan akan berteriak pula bailout sekiranya EDRA dijualkan kepada TNB.

6. Sekiranya aset-aset IPP EDRA dijualkan kepada pihak asing, 1MDB dapat mengurangkan hutang semasanya hingga ke paras RM5 billion ke RM6 billion, menjadikannya hanya sebuah syarikat pembangunan hartanah yang memiliki TRX, Bandar Malaysia serta simpanan tanah di Pulau Pinang.

7. TRX mempunyai Nilai Kasar Pembangunan (GDV) di antara RM20 hingga RM25 billion. Menggunakan piawaian yang terpakai kepada para pemaju hartanah, ini dengan mudah dapat memberi 1MDB pulangan bersih di antara RM4 hingga RM7.5 billion, yang membolehkan 1MDB melangsaikan kesemua hutangnya yang tertunggak.

8. Simpanan tanah 1MDB di Pulau Pinang mempunyai nilai pasaran yang dianggarkan sekitar RM1.5 ke RM2 billion atau lebih jika kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengenakan syarat-syarat melampau kepada para pembeli yang berminat sama ada dari dalam mahupun luar negeri.

9. Simpanan tanah 1MDB di Bandar Malaysia juga dianggarkan bernilai di antara RM12 hingga RM15 billion sekiranya dijual di atas dasar kasar, iaitu tanpa perlu untuk 1MDB mengadakan kemudahan-kemudahan; dan ianya bernilai lebih banyak lagi sekiranya dijual atas dasar bersih iaitu dengan kemudahan-kemudahan juga diadakan, bergantung kepada jenis kemudahan-kemudahan yang diadakan. Tanpa mengira tanggungjawab 1MDB untuk membina lapan pangkalan untuk Angkatan Tentera Malaysia, ini boleh menambahkan pendapatan bersih 1MDB di antara RM4 billion ke RM5 billion.

10. Senarai projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh 1MDB:

(i) 1MDB telah membiayai sepenuhnya pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

(ii) 1MDB telah membina kantin baru di 48 buah sekolah rendah di Sarawak.

(iii) 1MDB memberi biasiswa dan geran-geran akademik kepada para pelajar dari Sarawak untuk meneruskan pelajaran dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi.

(iv) 1MDB bekerjasama dengan Dong Jiao Zhong dan Huaren Education Foundation untuk memberi bantuan geran akademik kepada pemegang UEC dari sekolah-sekolah swasta Cina untuk melanjutkan pelajaran tinggi.

(v) 1MDB bekerjasama dengan Sri Murugan Centre untuk memberi geran akademik kepada para pelajar kaum India yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM untuk melanjutkan pelajaran.

Oleh Daniel Goh,
http://greatermalaysia.com/2015/08/16/10-things-about-1mdb-no-one-wants-you-to-know/

*Nota kaki: saya berpendapat istilah Zombies di atas adalah merujuk kepada mereka yang faham apa yang mereka baca tetapi tetap enggan menerima sebarang penjelasan mengenai 1MDB walaupun betul.