4 Soalan Oleh S.Vell Pari Untuk YB Khairy

Kenyataan Akhbar Untuk Terbitan Segera oleh Dato Sri S.Vell Pari, Ketua Biro Komunikasi dan Perhubungan Awam MIC.


Saya telah membaca kenyataan oleh YB Khairy dan kebimbangan beliau terhadap tekanan yang dikenakan ke atas SPRM. Saya hormati beliau dan pandangan rakan-rakan sejawatnya, yang merupakan ketua pemuda parti-parti komponen BN.

Persahabatan saya dengan YB Khairy bermula lama dulu. Tidak ramai yang tahu apabila bekas MB Selangor Khir Toyo berkira-kira untuk merobohkan kuil di Padang Jawa, yang menyebabkan kebangkitan Hindraf.

Saya telah memohon bantuan YB Khairy untuk menghalang perkara itu. Beliau boleh untuk mengambil pendirian bebas tetapi beliau tidak melakukan demikian. YB Khairy dengan ikhlas melakukan upaya untuk menghentikan tindakan meroboh itu. Tetapi Khir tidak menghiraukan Yb Khairy. Sebab itu, kita adalah bersaudara di dalam keluarga BN.

Tetapi saya merupakan seorang yang percaya apa yang benar. Maka saya ada 4 soalan untuk saudara YB Khairy:

  1. Adakah SPRM melebihi undang-undang.
  2. Adakah SPRM mempunyai kuasa untuk menghentikan siasatan polis.
  3. Adakah patut bagi SPRM, sebuah badan yang sepatutnya bebas, adil dan tidak memihak kepada sesiapa, menjemput pihak pembangkang berhimpun di ibu pejabatnya.
  4. Adakah tidak mengapa untuk SPRM mendedahkan maklumat sulit yang mungkin akan menyalahi Akta Rahsia Rasmi? (OSA).

Terima kasih.