5 Sebab Mengapa Najib Merupakan Mangsa Keadaan

Setiap kali seseorang itu mengisi jawatan Perdana Menteri, beliau menandatangani kontrak sosial dengan masyarakat yang beliau pimpin. Ia merupakan perjanjian yang tidak terungkap, yang bukan sahaja untuk memimpin tetapi untuk menepati pelbagai jangkaan yang diletakkan ke atas seseorang Perdana Menteri.

Perjanjian ini datangnya dari pertolongan. Masyarakat mengundi untuk meletakkan seseorang itu sebagai pemimpin dan individu itu mesti memenuhi permintaan dan harapan masyarakat yang mengundi mereka.

Sebab itulah adalah tidak boleh diterima jika seseorang Perdana Menteri itu gagal, tak kira melalui janji yang gagal ditunaikan, skandal atau lebih teruk – gabungan kedua-duanya sekali.

Kegagalan oleh Perdana Menteri Najib Razak telah menjejaskan negara dan rakyat marah. Walaubagaimanapun, kita mesti mempertimbangkan yang Najib juga merupakan mangsa: beliau merupakan hasil dari masalah yang lebih rumit. Ini sebabnya:



1. Beliau terpisah dari rakyat beliau kerana cara beliau dibesarkan.

Disebabkan oleh tradisi Malaysia di mana anak ahli politik mengikut jejak langkah bapa mereka, rakyat dilihat tiada pilihan lain selain dari mengundi keturunan ahli politik ini untuk memegang kuasa.

Najib lahir dalam latar belakang ini, beliau lahir di dalam kelompok bangsawan lama. Beliau merupakan anak Abdul Razak Hussein dan anak saudara Hussein Onn. Kesimpulannya, hidup beliau amat senang.

Walaubagaimanapun, perlu diingat, beliau tidak pun meminta dilahirkan di dalam keluarga seperti ini, beliau tidak memilih keluarga ini. Seperti juga orang kebanyakkan, beliau ditakdirkan lahir di dalam keluarga ini.

Cara beliau dibesarkan telah menyebabkan beliau kurang sifat untuk menjadi pemimpin negara. Sebagai salah seorang dari 50 orang terkaya Malaysia (menurut Forbes), beliau sudah pasti terpisah dari masyarakat yang beliau pimpin.

Malangnya, wang tidak mampu memberikan beliau perspektif seorang rakyat biasa.



2. Beliau ditolak masuk ke dalam sistem yang ditetapkan oleh pemimpin sebelum beliau.

Najib tidak menetapkan sistem pentadbiran atau polisi yang ada sekarang. Beliau mewarisinya dari pemimpin yang terdahulu.

Polisi seperti Dasar Ekonomi Baru (NEP) telah dimulakan pada 1971, dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Baru (NDP) pada 1991 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sistem parti Barisan Nasional dan UMNO semuanya dibentuk oleh perdana menteri terdahulu. Najib hanya mewarisi sistem yang telah rosak yang telah begitu lama dipraktikkan dan sangat sukar untuk diubah.



3. Seorang individu tidak boleh membuat perubahan.

Memandangkan beliau telah mewarisi sistem yang telah rosak, cabaran sememangnya besar untuk beliau sejak dari mula lagi. Setiap orang di dalam sistem ini telah terlalu biasa ‘bermain’ mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pemimpin terdahulu.

Najib, juga terpaksa bermain ‘permainan’ ini dan beliau telah mencapai kemuncaknya hasil dari ‘permainan’ yang cemerlang. Walaupun Najib ada membuat sedikit perubahan (Sistem undian UMNO dan 1Malaysia), kesannya hampir tidak kelihatan.

Najib dikelilingi oleh orang yang hanya mengetahui satu cara untuk melakukan sesuatu dan hanya akan melakukan di dalam satu cara tersebut sahaja. Walaupun beliau cuba dengan sedaya upaya, seorang individu pasti tidak akan berjaya.



4. Beliau sentiasa diperhatikan oleh orang yang sama taraf dengan beliau dan juga musuh beliau.

Sebagai Perdana Menteri, beliau sentiasa sahaja akan disoal oleh rakan mahupun musuh. Satu tindakan yang silap akan mengundang serangan dari kedua-dua pihak.

Jika beliau mahu mengubah sesuatu polisi yang kita semua sudah terbiasa, beliau tidak boleh melakukan demikian. Jika beliau buat A, beliau hilang sokongan dalam parti beliau sendiri, jika beliau buat B, beliau akan dikritik oleh pembangkang.

Jadi langkah yang paling selamat adalah ‘bermain’ dan tidak membuat apa-apa. Ini tidak menjadikan Najib pengecut, tapi ianya menjadikan beliau lelaki, lelaki yang tersepit di antara 2 tempat yang sukar.



5. Jadi, apa kaitan semua ini dengan 1MDB?

Apabila skandal 1MDB pecah, seluruh negara rasa dikhianati. Wang RM2.6 bilion mungkin bersumberkan dari duit pembayar cukai.

Malah apabila PM mengakui wang itu masuk ke dalam akaunnya, dengan berkata ianya adalah ‘derma’ ia tidak sedikit pun melegakan ketegangan.

Malah, jika tiada seorang pun yang mempercayai kata-kata beliau dan orang ramai mempercayai beliau telah menyalahgunakan kuasa, ianya bukan pertama kali bagi sesorang yang berkuasa dituduh menyalahgunakan kuasa.

Seorang bekas PM yang lantang juga dikatakan turut berbuat demikian, tetapi sekarang beliau telah diangkat sebagai wira untuk segala jenis isu.

Kesimpulannya, Najib merupakan produk dari doktrinisasi bertahun lamanya. Cara politik yang yang beliau amalkan dan pilihan politik yang dilakukan oleh beliau untuk negara ini, semuanya adalah hasil sistem dan persekitaran yang beliau diami.

Pada penghujungnya, tidak kira bagaimana kaya mahupun berkuasa Najib, beliau tidak memilih keluarga yang melahirkan beliau dan beliau tidak mencipta sistem yang rosak yang kita ada hari ini. Beliau hanyalah produk kepada masalah yang lebih rumit dan persekitaran beliau telah memaksa beliau untuk turut sama ‘bermain’ permainan ini.

Sumber: http://greatermalaysia.com/2015/08/06/najib-is-victim-of-circumstance-too-heres-why/